Archive | November 2010

♣ Kerana Ku Sayang Padamu Wahai Akhwat Semua


KERANA KU SAYANG PADAMU WAHAI AKHWAT SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya kejadianmu Muslimah begitu indah;
Tercipta daripada rusuk Adam untuk dilindungi & disayangi;
Bukan di kepala untuk disanjung;
Bukan juga di kaki untuk dipijak..

Lantaran daripada keindahanmu itu;
Kau ibarat sekuntum bunga mawar;
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang;
Untuk mendekatimu;
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu..

Renungilah pada keindahan bunga mawar;
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng;
Dari kejauhan, keharumannya mencuri perhatian;
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan..

Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu;
Si kumbang tunduk kagum;
Terhadap keindahan yang terjaga;
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya..

Akuilah hakikat kejadian dirimu;
Yang menjadi pelemah iman lelaki;
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Perbatasan aurat kau abaikan;
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah;
Tapi sayang seribu kali sayang;
Tak berduri;
Kau tidak layak digelar mawar berduri..

Ingatlah;
Muslimah solehah tidak melihat lelaki & lelaki tidak melihatnya..

Peliharalah keindahanmu;
Untuk si kumbang;
Yang bergelar suami..

♣ Wanita Kau Bunga Tapi Mekarmu Hanya Sekali


WANITA KAU BUNGA TAPI MEKARMU HANYA SEKALI

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita;
Indahmu laksana bias pelangi;
Merekah indah di langit petang;
Mewarnai angkasa bak lukisan semesta;
Tanpamu dunia tak berwarna..

Wanita;
Pesonamu semerbak bak bunga merekah di taman;
Memancarnya aroma yang begitu menawan tiap insan yang menatap;
Bahkan tak ada kumbang yang enggan menyapa;
Tanpamu, bunga pun enggan merekah..

Wanita;
Bermata jelita;
Kau begitu menyedari pesonamu;
Kau begitu tahu indahmu;
Maka, berhentilah menebar wangimu;
Berapa banyak kumbang yang harus kau sakiti dengan perangkap di antara kelopakmu..

Wanita;
Tahukah kau;
Bahawa kelemahanmu adalah kekuatanmu;
Tiap kali kau terjatuh, maka perhatikan betapa banyak tangan mereka yang terulur untuk membantumu;
Berhati-hatilah dengan kekuatanmu itu;
Kerana hanya dengan seraut wajah sedihmu mampu membuat sakit mereka yang tertawan olehmu..

Wanita;
Tidakkah kau sedari;
Bahawa senyummu ibarat jaring yang siap menjerat;
Ku beritahukan padamu;
Jaring yang jarang terpakai akan mempunyai kekuatan yang lebih kuat;
Maka jangan umbar senyummu;
Tapi cuba perhatinya;
Sekali kau tersenyum pada mereka;
Maka kau mampu membuatnya tak dapat berpaling darimu hingga kau menghilang dari tatapannya;
Tapi wanita;
Berapa banyak hati yang harus terkoyak dengan senyummu;
Maka berhati-hatilah dengan senyummu itu..

Wanita;
Mereka berfikir kau begitu lemah tak berdaya;
Tapi mereka salah, merekalah yang lemah dengan semua pesonamu;
Mereka berfikir kau yang bergantung pada mereka;
Tapi mereka salah;
Sekali dia terjerat padamu;
Maka selamanya dia tak akan mampu terlepas darimu;
Mereka selalu berfikir kau yang menangis merindunya;
Tapi mereka salah;
Kita memang menangis;
Tapi air mata kita adalah ubat yang mampu menyembuhkan luka; Pada akhirnya ketika kita melupakannya;
Maka mereka yang akan merana kerana rindu padamu..

Wanita;
Maka ku katakan padamu;
Berhentilah melemah-lemahkan dirimu;
Kerana kau sebenarnya begitu kuat;
Tak usah terpuruk dalam luka yang tak seberapa;
Kerana telah ku katakan;
Kau memiliki ubat yang begitu lampuh;
Jangan pernah merutuki diri dalam kesalahan yang kau perbuat;
Bangkitlah & berdirilah;
Tatap dirimu;
Jangan pudarkan pesonamu hanya untuk sebuah nama yang tak penting;
Jangan buang-buang air matamu untuk dia yang tak bererti;
Kerana lihatlah sebentar lagi dia yang akan menangisimu..

Wanita;
Ku katakan engkau memang bunga;
Tapi ingatlah;
Mekarmu hanya sekali;
Hanya sekali..

♣ Katakan Tidak Muslimah


KATAKAN TIDAK MUSLIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak;
Anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam & berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya;
Anda tidak akan menghasilkan wang & menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur & ketenangan anda;
Anda tidak akan mencari-cari kesalahan & mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan & aib diri sendiri;
Anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan & keinginannya;
Anda tidak akan mengambil sikap tak acuh terhadap badan & rumah bersih, wewangian & disiplin;
Anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok & segala sesuatu yang kotor & najis;
Anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami;
Anda tidak akan melupakan akhirat & amal untuknya & alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya;
Anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah & perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan..

♣ Surat Terbuka Untuk Calon Ahli Syurga Yang Akhlak Mereka Dicemburui Bidadari


SURAT TERBUKA UNTUK CALON AHLI SYURGA YANG AKHLAK MEREKA DICEMBURUI BIDADARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Ukhti,

Kecantikan adalah anugerah. Senyum manis adalah berkah. Sungguh kurnia dari Allah Ta`ala bahawa wanita diciptakan memiliki kecantikan yang sangat mempesona & kecantikan itulah yang akan menjadi jalannya menuju ke syurga jika ia mampu membarenginya dengan akhlak yang mulia.

Rasulullah (shalallahu `alaihi wasallam) menjelaskan bahawa di antara fitrah lelaki adalah menyukai kecantikan wanita. Bahkan Aisyah yang merupakan salah seorang Shahabiyah paling pandai di masa itu, terkenal pula kerana kecantikannya. Rasulullah (shalallahu `alaihi wasallam) menjulukinya Humaira, gadis yang pipinya merona merah.

Kerana kecantikannya itu, wanita dapat mengumpulkan pahala yang sebesar-besarnya dari Allah Ta`ala. Caranya? Bersyukurlah atas nikmat yang Allah Ta`ala berikan itu & pandailah menjaga diri. Rasulullah (shalallahu `alaihi wasallam) mengajarkan cara bersyukur itu dengan membiasakan diri membaca doa tatkala bercermin,

اللَّهُمَّ كّمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan parasku, elokkan pulalah akhlakku”

Tak ada yang salah dengan kecantikan, kerana, seperti kata pepatah, kecantikan bukanlah suatu dosa tapi sungguh itu tak bererti bahawa setiap wajah yang cantik berhak dijadikan barang tontonan. Kami kaum pria sangat bersedih kerana sekarang ini banyak di antara kawan-kawan ukhti yang gemar memajang wajah cantik mereka di profil Facebook juga di blog-blog yang katanya peribadi, tapi nyatanya dapat diakses oleh sesiapa pun.

Ini adalah satu hal yang sangat marak belakangan ini. Satu hal yang dianggap lumrah, sehingga para gadis berjilbab itu memasang pose-pose mereka di foto-foto yang kian hari kian bertambah jumlahnya. Seakan nama saja sudah tidak cukup.

Mohon ukhti tanyakan pada mereka, apa sesungguhnya tujuan mereka memajang foto tersebut di tempat-tempat publik? Yakni foto dengan gaya yang menggoda serta senyum yang memikat.

Jika tujuan berjilbab itu adalah agar menutupi aurat & terhindar dari pandangan-pandangan jahat, apakah itu pula yang menjadi tujuan mereka saat bergaya di depan kamera & memamerkannya pada setiap orang?

Jika berjilbab itu tujuannya adalah mencari redha Allah Ta`ala, apakah tujuan memperlihatkan foto-foto itu pun adalah redha Allah Ta`ala? Apakah betul Allah Ta`ala akan redha pada wanita yang melakukan hal itu?

Kami kaum pria sangat bersedih menghadapi fenomena ini. Mengapa? Kerana mungkin saja di antara gadis-gadis yang fotonya tersebar di seantero jagad ini adalah isteri atau calon isteri kami yang seharusnya menunjukkan caranya menjaga diri, bukan dengan menunjukkan hal-hal yang seharusnya disembunyikan. Apakah mereka tidak tahu bahwa foto mereka tersimpan dalam komputer puluhan, ratusan atau bahkan mungkin jutaan pria lain yang tidak berhak? Yang mungkin saja dijadikan sarana oleh para pendosa sebagai ajang bermaksiat? Apakah mereka mengizinkan pria-pria selain suami mereka itu menyimpan foto-foto tersebut?

Kami kaum pria sangat bersedih menyaksikan semua ini. Mengapa? Karena mungkin saja di antara foto yang tersebar luas itu adalah guru atau calon guru kami yang seharusnya mendidik & mengajarkan Al-Quran serta Akhlaqul Karimah kepada kami.

Apakah semua ini akan dibiarkan begitu saja tanpa ada penyelesaian? Tanpa ada seorang pun yang berani menegur serta mengingatkannya, memberitahukan bahawa itu adalah sebuah kesalahan? Atau harus menunggu tangan-tangan jahat memanfaatkannya untuk merosak harga diri & menyebarkan aib yang seharusnya ditutup rapat-rapat?

Terima kasih banyak kerana ukhti tetap pandai menjaga diri dari sekecil apapun celah-celah kealpaan. Tapi tolong sampaikan pula pada kawan-kawan ukhti, agar mereka pun mengikuti jejak ukhti dengan menghapus foto-foto mereka dari Facebook & blog-blog mereka. Sampaikanlah pada mereka agar menahan diri dari keinginan menunjukkan eksistensi diri di hadapan pria yang tidak berhak.

Jika mereka ingin menunjukkan kepada orang-orang bahawa mereka cantik, cukuplah tunjukkan pada suami mereka saja atau orang tua & anak-anak mereka saja kerana Allah Maha Tahu segala sesuatu. Jika mereka membutuhkan sanjungan atas kecantikan yang telah dianugerahkan Allah Ta`ala pada mereka, biarlah Allah Ta`ala saja yang menyanjungnya dengan balasan berlipat-lipat ganda di hari akhirat kelak.

Jika mereka ingin kecantikan mereka dikagumi, biarkanlah suami mereka saja yang mengagumi, lalu memberikannya sejuta hadiah cinta yang tidak akan pernah ada bandingnya.

Sementara kami, kaum pria yang tidak atau belum berhak atas itu semua, biarlah asyik masyuk tenggelam dalam doa, agar dianugerahi isteri yang cantik & solehah, ibu yang baik & bersahaja, guru yang taat & menjaga martabatnya.

Agar Allah Ta`ala mengumpulkan kita kelak di surga-Nya. Meraih redha & ampunan-Nya serta dihindarkan dari adzab neraka.

♣ Adakah Anda Wanita Muslimah Yang Berfikir?


ADAKAH ANDA WANITA MUSLIMAH YANG BERFIKIR?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya & yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahannam (neraka) merupakan balasan di akhirat adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul atau membuang masa & tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan sebagai “Wanita yang Cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawadhu’ kepada Penciptanya & mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial tetapi lebih kepada Sahabiyaat & wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah Ta`ala dengan memenuhi segala tanggungjawab kepada-Nya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti & disanjung oleh Rasulullah (shalallahu `alaihi wasallam), ulama-ulama & di dalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi & kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan, menjadi isteri-isteri yang taat & ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf di dalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendekiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat, ahli-ali politik yang hebat & juga para pendakwah yang hebat.

Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru & menurut orang-orang di sekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk mewujudkan kebenaran Islam melalui minda & keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri, keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia & berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia, iaitu Daulah Khilafah.

♣ Beritahu Pada Muslimah Itu


BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU

بسم الله الرحمن الرحيم

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Dirinya ibarat kaca;
Di sentuh terguris;
Di hantuk serpih;
Di hempap berkecai..

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Jaga tutur kata;
Cakap tinggi nanti di benci;
Terlalu rendah di pijak pula;
Cakap sombong mengundang lawan..

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Hati-hati meluah kata;
Kerana pulut santan binasa;
Kerana mulut badan binasa..

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Jaga tingkah laku;
Harga diri letaknya di situ;
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu;
Sesekali tersilap langkah;
Akan di hukum selamanya;
Keturunan di cerca payah;
Menyesal kemudian bukan faedah..

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Jaga pakaian;
Ia cermin peribadi, juga lambang bangsa;
Di mana & dalam keadaan macam mana pun;
Biar orang kenal;
Dia orang Islam..

Beritahu Pada Muslimah Itu;
Simpan secebis malu;
Kerana malu itu adalah salah satu sifat Muslimah Islam..

♣ Suara Hawa


SUARA HAWA

بسم الله الرحمن الرحيم

Adam;
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu;
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu;
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok;
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu;
Sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan..

Adam;
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman;
Itulah sebenarnya ketelitian-Nya dalam urusan-Nya;
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia;
Kacau-bilaulah suasana;
Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa..

Adam;
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil & Qabil;
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya;
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang-Nya yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu..

Adam;
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku;
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku;
Tapi, aku risau, gundah & gulana menyaksikan tingkahmu;
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu;
Namun, terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara..

Adam;
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita;
Kau diberi amanah untuk mendidik aku;
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Rabbku & Rabbmu..

Tapi Adam;
Ternyata & rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini;
Aku & kaumku telah ramai menderhakaimu;
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan;
Asalnya Allah Ta`ala mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah;
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku;
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut;
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya..

Adam;
Mengapa kau biarkan aku begini;
Aku jadi ibu;
Aku jadi guru;
Itu sudah tentu katamu;
Aku ibu & guru kepada anak-anakmu;
Tapi sekarang di waktu yang sama;
Aku ke muka menguruskan hal negara;
Aku ke hutan memikul senjata;
Padahal, kau duduk saja;
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja;
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba;
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara;
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?;
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?..

Adam;
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong;
Maka Adam yang patut tanggung;
Kenapa? Mengapa begitu Adam?;
Ya, ramai orang berkata jika anak jahat ibu & bapa tak pandai didik;
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar..

Adam;
Kau selalu berkata;
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam;
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad Shalallahu `Alaihi Wasallam terhadap isteri-isterinya?;
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad Shalallahu `Alaihi Wasallam terhadap mereka?;
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?..

Adam;
Kau sebenarnya imam & aku adalah makmummu;
Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua;
Jika kau benar, maka benarlah aku;
Jika kau lalai, lalailah aku;
Kau punya kelebihan akal manakala aku punya kelebihan nafsu;
Akalmu sembilan, nafsumu satu;
Aku, akalku satu nafsuku beribu..

Dari itu Adam;
Pimpinlah tanganku;
Kerana aku sering lupa, lalai & alpa;
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu & kuncu-kuncunya;
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah-Nya;
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Rabbmu agar menerangi hidupku;
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih-Nya..

Adam;
Andainya kau masih lalai & alpa dengan karenahmu sendiri;
Masih segan mengikut langkah para sahabat;
Masih gentar mencegah mungkar;
Maka kita tunggu & lihatlah;
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah;
Malulah engkau Adam;
Malulah engkau pada dirimu sendiri & pada Rabbmu yang engkau agungkan itu;
Bantulah aku menuju ke landasan yang benar;
Adam renungkan..

♣ Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita


PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami sulit menahan pandangan mata kami;
Ketika melihat kalian;
Apalagi jika kalian diamanahkan-Nya;
Kecantikan & postur yang ideal;
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian;
Kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian;
Tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang..

Kami sulit menahan pendengaran kami;
Ketika berbicara dengan kalian;
Apalagi jika kalian diamanahkan oleh-Nya;
Suara yang merdu dengan irama yg mendayu;
Kerana itu tegaskanlah suara kalian;
Tatkala berbicara berhadapan dengan kami & berbicaralah seperlunya sahaja..

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian;
Ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami;
Waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian..

Kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian;
Kami tahu kami insan lemah;
Bila harus berhadapan dengan kalian;
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh;
Hanya dengan senyum kalian..

Hati kami akan bergetar;
Ketika mendengar & melihat kalian menangis;
Sungguh Allah Ta`ala telah memberikan amanah terindah kepada kalian;
Maka jagalah amanah itu;
Jangan sampai Allah Ta`ala murka & memberikan keputusan-Nya..

Maha Besar & Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini;
Hanya dengan ikatan yang suci & yang diredhai-NYA;
Kalian akan menjadi halal bagi kami;
Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini?..

“Ya Allah, ampunilah daku. Untuk setiap pandangan yang tidak terjaga,
untuk iman yang tidak dipelihara, lisan yang merayu & hati yang tidak terhijab, Engkaulah mengawasi kami setiap detik, kerana kasih sayang-Mu ya Allah kepada kami, Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti menemani kami siang & malam agar iman kami dapat dijaga, amiin”

♣ Seindah Mawar Berduri


SEINDAH MAWAR BERDURI

بسم الله الرحمن الرحيم

Seindah Mawar Berduri;
Aromamu harum mewangi;
Namun berpagarkan duri;
Demi mempertahankan hakikat keindahan..

Seindah Mawar Berduri;
Kalau tiada cinta insani untukmu;
Cukuplah cinta-Nya menjadi penyuluh hidupmu;
Kelak ada cinta untukmu dari insan yang mencintai-Nya;
Sebagaimana cintamu terhadap-Nya..

♣ Muslimahku


MUSLIMAHKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Muslimahku;
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar;
Riasnya indah lagi memukau;
Lentuknya tertib lembut gemalai;
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar;
Serba sempurna akhlak gemilang..

Muslimahku;
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai ratu;
Yang sangat sempurna dari yang sempurna;
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya;
Yang menjadi peneman paling utama;
Yang sangat memukau melebihi segalanya..

Muslimahku;
Ratu bidadari ada dunia fana ini;
Isteri solehah gelaran di beri;
Tiada tertanding akhlak & pekerti;
Tiada terbilang kesetiaan & ketaatan diberi;
Tiada ternilai budi & pengorbanan pada-Nya & suami;
Itulah ratu bidadari di alam syurgawi..

Muslimahku;
Aku mengidam bertemu dengannya;
Hanya mengharap pada Ilahi;
Agar niat, amalan & ikhlas ku di perhalusi;
Dalam merafakkan kesyukuran kepada-Nya;
Agar syurga menjadi imbalannya;
Supaya hajatku menjadi terlaksana..

Muslimahku;
Sesungguhnya ratu bidadari menjadi idamanku;
Bukan sahaja membawaku ke syurga-Nya;
Malah menjadi ratu penemanku di alam sana;
& menjadi harapan & doaku selama ini;
Agar ratu bidadari itu adalah kamu;
InsyaAllah..