Archives

♣ Tidak Melaknat Anak


TIDAK MELAKNAT ANAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Hadis Riwayat Jabir radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Janganlah melaknat diri sendiri & jangan pula melaknat anak-anakmu atau melaknat hartamu kerana dikhuatiri ucapan itu bertepatan pada masa ketika Allah Ta’ala mengabulkan doa”

[HR. Muslim:18/139]

Muslimah yang baik tidak melaknat anak-anak mereka kerana mendengar hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam yang melarang kita mengucapkan perkataan buruk kerana dikhuatiri ia menjadi doa yang dimakbulkan Allah Ta’ala. Melaknat anak sendiri bukanlah tabiat yang baik.

Tiada seorang ibu pun yang ketika sedang marah melainkan pasti menyesali ucapan laknat pada anaknya setelah dia tenang kembali. Mustahil bagi seorang ibu yang benar-benar bertakwa kepada Allah Ta’ala akan hilang akal sehingga melaknat anak sendiri, tidak kiralah apa yang telah mereka lakukan. Wanita Solehah pasti tidak berbuat seperti yang diperbuat oleh orang yang panas baran.