Archive | August 2010

♣ Pengertian Ilmu Tasawwuf


بسم الله الرحمن الرحيم

1. lmu Tasawwuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

2. Ilmu Tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah.

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:-

  • Banyak bersabar
  • Banyak menderita yang di alami oleh jiwa

4. Imam Al-Ghazali (radhiallahu ‘anhu) telah menggariskan sepuluh sifat mahmudah atau terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu:-

  • Taubat
  • Khauf (Takut)
  • Zuhud
  • Sabar
  • Syukur
  • Ikhlas
  • Tawakkal
  • Mahabbah (Kasih-sayang)
  • Redha
  • Zikrul Maut (Mengingati Mati)

5. Imam Al-Ghazali (radhiallahu ‘anhu) juga telah menggariskan sepuluh sifat mazmumah atau tercela atau sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu:-

  • Banyak Makan
  • Banyak Bercakap
  • Marah
  • Hasad
  • Bakhil
  • Cintakan Kemegahan
  • Cintakan Dunia
  • Bangga Diri
  • Ujub (Hairan Diri)
  • Riya’ (Menunjuk-nunjuk)

Bab 2: Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah Ta’ala, iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah Ta’ala serta takutkan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:-

“Dan kepada Akulah (Allah) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”

[Al-Baqarah:40]

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah Ta’ala jika tidak mengenal-Nya. Mengenal Allah Ta’ala  ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat-sifat kesempurnaan bagi zat-Nya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah Ta’ala dan mengetahui segala perintah dan larangan-Nya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah Ta’ala.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah Ta’ala akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah Ta’ala dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Bab 3: Sifat Redha

1. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah Ta’ala.

2. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah Ta’ala baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah Ta’ala.

3. Redha terhadap Allah Ta’ala terbahagi kepada dua:-

  • Redha menerima peraturan (hukum) Allah Ta’ala yang dibebankan kepada manusia
  • Redha menerima ketentuan Allah Ta’ala tentang nasib yang mengenai diri
  • Redha menerima hukum Allah Ta’ala

4. Redha menerima hukum-hukum Allah Ta’ala adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah Ta’ala kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

5. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah Ta’ala dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah Ta’ala dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-Nya.

6. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:-

“Tetapi tidak! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu (Muhammad) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh-sungguh”

[An-Nisaa’ :65]

7. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:-

“Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya, sesungguhnya pada Allah kami menuju”

[At-Taubah:59]

8. Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah Ta’ala baik yang wajib mahupun yang Sunnah, hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah Ta’ala hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

9. Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah Ta’ala. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah Ta’ala.

10. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:-

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (yang munafik) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah Ta’ala. Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu, tetapi Allah mengetahui rahsia mereka”

[Muhammad:26]

11. Andai kata merea ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah Ta’ala, yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

12. Redha Dengan Qada’:-

Redha dengan qada’ iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah Ta’ala baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki Syurga ialah mereka yang suka memuji Allah Ta’ala, iaitu mereka memuji Allah Ta’ala (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) apabila memperolehi kegembiraan baginda berkata:-

“Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan”

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan:-

“Segala puji bagi Allah atas segala perkara”

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah Ta’ala dijelaskan di dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud:-

“Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata: Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan: Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka, ia perbuat! Kerana sesungguhnya perkataan: Andaikata itu memberi peluang pada syaitan”

[Hadis Riwayat Muslim]

13. Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah Ta’ala Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian:-

  • Pertama: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah Ta’ala memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
  • Kedua: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah Ta’ala itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) yang bermaksud:-

“Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”

[Hadis Riwayat Muslim]

Bab 4: Ikhlas

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah Ta’ala dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran yang bermaksud:-

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Ta’ala dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar”

[Al-Bayyinah:5]

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah Ta’ala.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (sifat mazmumah) seperti riya’, ujub, inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah Ta’ala hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

Bab 5: Taubat

1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

2. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:-

“Dan mohonlah ampun kepada Allah Ta’ala, sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

[Al-Muzammil:20]

3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut:-

  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut
  • Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan
  • Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi
  • Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput

4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang ma’asum (terpelihara daripada dosa) seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi.

5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:-

  • Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala
  • Meningkatkan ketaqwaan diri
  • Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah Ta’ala dalam hidup di Dunia dan Akhirat

Bab 6: Zuhud

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.

2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah Ta’ala.

3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam (berbuat kebaikan dan amalan soleh) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah Ta’ala (zuhud orang awam).

Bab 7: Sabar

1. Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

2. Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:-

  • Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah Ta’ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana
  • Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala
  • Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah Ta’ala

3. Sifat sabar itu dipuji pada syara’ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah Ta’ala dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

4. Orang yang beriman kepada Allah Ta’ala mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah Ta’ala yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala dan meninggalkan larangan-Nya.

Bab 8: Syukur

1. Iaitu mengaku dan memuji Allah Ta’ala atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah Ta’ala.

2. Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya adalah dengan limpah kurnia-Nya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah Ta’ala.

3. Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah Ta’ala itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah Ta’ala dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Rabb yang memberi nikmat.

Bab 9: Tawakkal

1. Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah Ta’ala pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i’tiqad bahawa Allah Ta’ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.

2. Berserah kepada Allah Ta’ala pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah Ta’ala menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.

Bab 10: Mahabbah

1. Iaitu kasihkan Allah Ta’ala dengan mengingati-Nya pada setiap masa dan keadaan.

2. Kasihkan Allah Ta’ala ialah dengan segera melakukan segala perintah-Nya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahan-Nya.

Bab 11: Zikrul Maut

1. Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.

2. Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.

Bab 12: Sifat-sifat Mazmumah

Syarrut Ta’am (Banyak Makan)

1. Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.

2. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

3. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

Syarrul Kalam (Banyak Bercakap)

1. Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.

2. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

Ghadhab (Pemarah)

1. Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.

2. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.

3. Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

Hasad (Dengki)

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah Ta’ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Bakhil (Kedekut)

1. Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.

2. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah Ta’ala menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala.

3. Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

Hubbul Jah (Kasihkan Kemegahan)

1. Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.

2. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala.

3. Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

Hubbud Dunya (Kasihkan Dunia)

1. Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di Akhirat.

2. Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di Akhirat.

3. Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah Ta’ala.

4. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah Ta’ala bukanlah suatu kesalahan.

Takabbur (Sombong)

1. Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.

2. Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.

3. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah Ta’ala dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

‘Ujub (Bangga Diri)

1. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

2. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

3. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Riya’ (Menunjuk-nunjuk)

1. Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.

2. Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah Ta’ala semata-mata.

3. Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.



♣ Renungan Untuk Ikhwan-Akhwat Pengguna Facebook {Akhi, Apa Susahnya Kau Hapus Akhwat Dari Friendlist Facebookmu?}


RENUNGAN UNTUK IKHWAN-AKHWAT PENGGUNA FACEBOOK {AKHI, APA SUSAHNYA KAU HAPUS AKHWAT DARI FRIENDLIST FACEBOOKMU?}

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhi;

Bila kita sempatkan diri kita untuk membaca sejarah hidup para pendahulu kita yang soleh mulai dari masa sahabat hingga para ulama Salafi, nescaya kita dapati akhlak, adab dan ketegasan mereka yang menakjubkan. Akan kita jumpai pula indahnya penjagaan diri mereka dari aib dan maksiat. Merekalah orang-orang yang paling bersegera menjauhi maksiat. Bahkan, sangat menjauh dari sarana dan sebab-sebab yang mendorong kepada perbuatan maksiat;

Bila kita membaca kehidupan anak-anak atau para remaja di masa Salaf, nescaya kita dapati mereka adalah darah-darah muda yang tampak kecintaannya terhadap dien, semangatnya dalam membela Al-Haq dan sikap bencinya kepada perbuatan dosa. Maka, kita dapati mereka di usia muda, sudah memiliki hafalan Al-Qur’an, semangat yang besar untuk berjihad dan kecerdasan yang menakjubkan;

Sebaliknya, sungguh sangat sedih hati ini. Tidakkah kita merasakan bahwa kaum Muslimin saat ini terpuruk, terhina dan tidak berdaya di hadapan orang-orang kafir, padahal jumlah kita banyak? Lihatlah diri kita! Bandingkan diri kita dengan para pemuda di masa Salaf! Akhi, saya, antum, kita semua pernah bermaksiat. Namun, sampai bila kita bermaksiat kepada-Nya..

Akhi;

Saya tidak mengharamkan antum berdakwah kepada wanita, kerana Nabi pun berdakwah kepada wanita!;

Saya pun tidak mengharamkan Muslim atau Muslimah memanfaatkan FB, kerana untuk mengharamkan sesuatu membutuhkan dalil;

Siapa yang melarangmu mendakwahi mereka akhi?;

Bahkan, dulu ku masih berprasangka baik padamu bahawa kau akan dakwahi teman-teman lamamu, termasuk para wanita itu;

Namun, yang terjadi adalah sebagaimana yang kau tahu sendiri;

Tak perlu ku tulis;

Kerana kau pasti tahu sendiri..

Akhi;

Catat! Tak ku buka friendlist FB-mu kerana aku tak mencari-cari aibmu;

Namun, tidakkah kau sedar bahawa FB itu sangat-sangat terbuka?;

Hingga dirimu sendiri yang tak sedari;

Bahawa tingkah lakumu pada para akhwat itu;

Dapat dilihat kawan-kawanmu yang lain, termasuk diriku;

Yang inilah sebab yang mendorongku menorehkan pena dalam lembaran-lembaran ini;

Betapa sering Allah Ta’ala menutupi aib seorang hamba;

Namun dirinyalah sendiri yang membongkar aibnya..

“Ya Allah, ku adukan kesedihan hatiku ini hanya kepada-Mu. Hanya kepada-Mulah ku serahkan hatiku. Mudah-mudahan Kau mendengar doaku dan Kau maafkan kesalahan kawan-kawanku itu. Di samping ku terus berhadap agar Kau pun maafkan diriku”

Akhi;

Pernahkah kau baca firman Allah Ta’ala yang menyinggung ‘mata yang berkhianat’?;

Baiklah, kita periksa kembali. Allah Ta’ala berfirman dalam surat Al-Mukmin:19;

يعلم خاينة الأعين

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang berkhianat”

Apakah yang dimaksud dengan mata yang berkhianat itu?..

Akhi;

Sesungguhnya Al-Qur’an itu turun di masa para sahabat. Sahabat Nabilah yang paling mengerti makna Al-Qur’an kerana mereka hidup bersama Nabi, langsung mendapat bimbingan dan pengarahan Nabi. Maka, kini akan ku bawakan tafsir Ibnu Abbas, sebagai hadiahku untukmu;

Akhi ingat kan siapa Ibnu Abbas? Na’am! Dia adalah ahli tafsir dari kalangan sahabat Nabi. Ku dapatkan tafsir ini dari Abul Faraj Al-Jauzy (Ibnul Jauzy), dalam kitab beliau,ذم الهوى. Ibnu Abbas berkata;

الرجل يكون في القوم فتمر بهم المرأة فيريهم أنه يغض بصره عنها فإن رأى منهم غفلة نظر إليها فإن خاف أن يفطنوا إليه غض بصره وقد اطلع الله عز وجل من قلبه أنه يود أنه نظر إلى عورتها

“Seseorang berada di tengah banyak orang lalu seorang wanita melintasi mereka. Maka, ia memperlihatkan kepada kawan-kawannya bahawa IA MENAHAN PANDANGANNYA DARI WANITA TERSEBUT. Jika ia melihat mereka lengah, ia pandangi wanita tersebut. Dan jika ia khawatir kawan-kawannya memergokinya, ia menahan pandangannya. Padahal, Allah Ta’ala mengetahui isi hatinya bahawa ia ingin melihat aurat wanita tersebut”

Camkan itu akhi!;

Kita sudah lama mengenal Islam;

Kita sudah lama mengaji;

Apakah seseorang yang sudah lama mengaji pantas seperti itu?;

Inginkah akhi dikenal manusia sebagai pemuda yang soleh;

Yang senantisa menundukkan pandangan di alam nyata;

Namun kau berkhianat dengan matamu;

Kau tipu kawan-kawanmu yang berprasangka baik kepadamu;

Tidakkah kau malu kepada Allah Ta’ala;

Yang melihatmu di kala tiada orang lain di sisimu selain laptopmu, komputer atau HP-mu?;

Yang dengan laptopmu kau bisa pandangi wanita sesuka hatimu?;

Yang komputermu kau bisa sapai mereka sepuasmu?;

Yang HP-mu kau bisa berbincang-bincang dengan mereka sekehendakmu?..

Akhi;

Janganlah kau marah padaku;

Marahlah pada Ibnu Abbas jika kau mahu;

Karena dialah yang menjelaskan arti mata khianat kepadaku..

Akhi;

Jika kau malu bermaksiat di hadapan kawan-kawanmu, apalagi di hadapan para wanita itu;

Ketahuilah bahawa;

قلة حيائك ممن على اليمين وعلى الشمال وأنت على الذنب أعظم من الذنب

“Sedikitnya rasa malumu terhadap siapa yang berada di sebelah kanan dan sebelah kirimu, saat kamu melakukan dosa, itu lebih besar daripada dosa itu sendiri!”

Sebentar akhi, jangan marah dulu. Itu di atas bukan ucapan saya, tetapi ucapan Ibnu Abbas! Silakan lihat di ذم الهوى halaman 181..

Akhi;

Apakah engkau masih sempat-sempanya tertawa, melempar senyum pada akhwat itu, meski sebatas;

  • Simbol ^__^
  • “Xii.. Xii.. Xii..”
  • “Hiks.. Hiks.. Hiks..”
  • “Hi.. Hi.. Hi..”
  • “Ha.. Ha.. Ha..”
  • “So sweet ukhti”

Atau sejenisnya yang kau tulis di wall-wall atau ruang komentar FB para akhwat itu!;

Maka, ketahuilah bahawa;

وضحكك وأنت لا تدري ما الله صانع بك أعظم من الذنب

“Tertawa saat kamu tidak tahu apa yang akan Allah Ta’ala perbuat terhadapmu, ITU LEBIH BESAR DARIPADA DOSA ITU SENDIRI!”

Dan juga;

وفرحك بالذنب إذا ظفرت به أعظم من الذنب

“Kegembiraanmu dengan dosa ketika kamu melakukannya, ITU LEBIH BESAR DARIPADA DOSA ITU SENDIRI”

Afwan akhi jika antum mulai emosi (semoga tidak). Jangan lihat saya kerana dua kalimat di atas bukan ucapan saya, tetapi ucapan Ibnu Abbas pula, afwan..

Akhi;

Kalau antum masih bermudah-mudahan dalam ber-FB ria dengan para wanita itu;

Ketahuilah bahwa antum adalah pengecut!;

Kerana kalau kau berani, kau akan temui ayahnya dan kau pinang dirinya;

Kalaupun hartamu tidak mendorongmu untuk itu;

Kau tetap pengecut kerana kau hanya ‘tunjukkan perhatian’;

Sementara kau tidak berani ‘maju melangkah’;

Jika kau mampu tahan pandanganmu dari ‘bunga-bunga’ facebook itu, barulah kau ini seorang pemberani!;

Sabar dulu akhi, jangan marah dulu. Siapa saya? Saya ini masih sama-sama belajar seperti antum atau malah saya masih tergolong anak ‘baru mengaji’. Namun, mohon jikalau akhi menolak ucapan saya, perhatikanlah untaian kata yang dikutip Ibnul Jauzi di bawah ini;

ليس الشجاع الذي يحمي مطيته … يوم النزال ونار الحرب تشتعل

لكن فتى غض طرفا أو ثنى بصرا … عن الحرام فذاك الفارس البطل

“Pemberani bukanlah orang yang melindungi tunggangannya; Pada saat peperangan, ketika api berkobar; Akan tetapi, pemuda yang menahan padangannya dari yang diharamkan; Itulah prajurit yang kesatria!”

Akhi;

Sekali lagi, kalau kau tersinggung dengan ucapanku. Mohon janganlah kau lihat siapa saya, kawanmu ini. Saya tidak ada apa-apanya. Namun, sekali lagi, ku mohon lihatlah siapa orang yang perkataannya ku hadirkan padamu. Salaf memberi nasihat kepada kita dengan untaian katanya di bawah ini;

فتفهم يا أخي ما أوصيك به إنما بصرك نعمة من الله عليك فلا تعصه بنعمه وعامله بغضه عن الحرام تربح واحذر أن تكون العقوبة سلب تلك النعمة وكل زمن الجهاد في الغض لخطة فإن فعلت نلت الخير الجزيل وسلمت من الشر الطويل

“Fahamilah wahai saudaraku apa yang aku pesankan kepadamu; Penglihatanmu tidak lain adalah nikmat dari Allah Ta’ala atasmu; Janganlah mendurhakai-Nya dengan menggunakan nikmat-Nya; Perlakukanlah penglihatan tersebut dengan menahannya dari yang haram; Maka kamu beruntung; Jangan sampai engkau mendapat sangsi berupa hilangnya kenikmatan itu; Waktu berjihad untuk menahan pandangan adalah sejenak; Jika kau melakukannya, kau akan dapatkan kebaikan yang banyak dan selamat dari keburukan yang panjang”

[Lihat ذم الهوى , Karya أبو الفرج عبد الرحمن بن أبي الحسن الجوزي, Hal. 143]

Akhi;

Sekali lagi, demi Allah Ta’ala, saya tidak melarangmu untuk berdakwah, termasuk dakwah kepada wanita. Sudah ku terangkan di atas bahawa Nabi pun berdakwah kepada wanita;

Namun, wahai akhi;

Antum memiliki kewajiban yang besar sebelum antum berdakwah, iaitu ilmu! Sudahkah kita berdakwah dengan ilmu? Akhi ini ku tujukan pula untuk diriku;

Manakah waktu yang lebih banyak kita habiskan? Mendakwahi wanita itu atau waktu kita dalam mengikuti majlis ilmu? Silakan kita jawab sendiri..

Akhi;

Laki-laki memang tidak dilarang bahkan diwajibkan mendakwahi wanita, sebagaimana yang Nabi dan para sahabat lakukan;

Namun, mendakwahi mereka tidak harus lewat FB kan? Antum bisa membuat blog atau website yang dari situ antum dapat menulis risalah. Antum bahkan dapat berbicara di alam nyata jika diperlukan, selama tidak ada khalwat. Namun, tidakkah kita ingat bahwa para sahabat menimba ilmu dari isteri Nabi tidak berhadapan langsung, tetapi di balik tabir?;

Jika ingin berdakwah, antum bisa menukilkan artikel bermanfaat, lalau kau cantumkan di FB-mu;

Antum juga bisa membuat page atau kumpulan yang dengannya kau dapat kirimkan artikel kepada kaum Muslimin atau Muslimah sehingga dapat membaca nasihatmu. Itu saja! Lalu kau log-out dari FB. Selesai kan? TANPA KITA HARUS MELIHAT-LIHAT LAWAN JENIS dan berbincang-bincang dengannya;

Akhi;

Di saat antum akan mendakwahi wanita, di saat itu pula antum harus menjaga diri antum untuk jauh, menjauh sejauh-jauhnya dari pintu fitnah!;

Tidak ingatkah akhi bahawa para sahabat ketika ingin menimba ilmu kepada para isteri Nabi, mereka lakukan di balik tabir? Di balik tabir akhi! Bukan melihat wajah-wajah wanita yang kau add di FB-mu itu!;

Akhi;

Jangan kau anggap ini kaku. Kalau akhi tidak percaya. Silakan periksa sendiri. Demi Allah Ta’ala, silakan periksa sendiri para akhwat teman-teman lama antum ketika di sekolah tinggi atau sekolah rendah dulu, termasuk di kampusmu yang kau add di FB-mu;

Berapa di antara mereka yang menerima nasihatmu dalam praktik yang nyata?;

Hingga para akhwat tersebut memakai hijabnya;

Menutupi wajahnya dari pandanganmu;

Meninggalkan maksiat-maksiat kerana menerima nasihatmu;

Atau akhwat-akhwat itu hanya katakan;

  • “Subhanallah akhi”
  • “Bagus sekali nasihatnya”
  • “Izin share ya”
  • “Saya di-tag ya”
  • “Ana tidak di-tag akhi?”
  • “Terima kasih ya abang telah di-tag”
  • “Jangan bosan-bosan nasihatkan ana”

Jangan terburu-buru kau biarkan hatimu berbunga-bunga dengan kata-kata di atas akhi, kerana;

و خلق الإنسان ضعيفا

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah”

[An-Nisa:28]

Maka ingatlah bahawa jika akhwat itu dapat berkata-kata lembut kepadamu, padahal dia bukan isterimu, tentu dia pun akan bersikap demikian pada laki-laki lain, selain dirimu!;

أفق يا فؤادي من غرامك واستمع … مقالة محزون عليك شفيق

علقت فتاة قلبها متعلق … بغيرك فاستوثقت غير وثيق

“Sedarlah wahai hati dari kasmaranmu dan dengarkan!; Ucapan kesedihan dan kasihan kepadamu; Kamu terpikat dengan gadis yang hatinya terpikat dengan selainmu”

Akhi;

Sebelum kau terpukau dengan gaya bahasa para akhwat itu, ingatlah bahawa Nabi memberikan peringatan kepada kita;

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

”Aku tidak meninggalkan sepeninggalku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki ketimbang wanita”

[Bukhari dan Muslim]

Akhi;

Apakah kau tidak merasakan kesedihan sebagaimana yang ku rasakan? Akhi, bagaimana mata ini tidak mengalir di saat kita baca pesan isteri Nabi, Aisyah, berkata;

لو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى ما أحدث النساء اليوم لنهاهن عن الخروج أو حرم عليهن الخروج

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang diperbuat kaum wanita pada hari ini, nescaya Beliau melarang mereka keluar rumah atau mengharamkan mereka keluar rumah”

[Lihat beserta sanadnya di ذم الهوى , Karya أبو الفرج عبد الرحمن بن أبي الحسن الجوزي, Hal. 154][1]

Ya Allah, ‘afallahu ‘anhunna..

Akhi;

Bila Aisyah mengatakan demikian? Lebih dari seribu tahun yang lalu akhi, di saat Islam masih di puncak kejayaannya, di saat para sahabat yang menerima langsung pengajaran Nabi masih hidup;

Duhai Aisyah;

Kau katakan demikian;

Di kala Nabi belum lama wafat meninggalkan dirimu;

Di kala para sahabat terbaik masih hidup di antaramu;

Kau katakan demikian;

Di kala para wanita masih tutupi dirinya dengan hijab kemuliaan;

Aku tahu tak tahu apa yang akan kau katakan;

Jika kau hidup di masa kami;

Di saat kami tenggelam dalam kotornya dunia;

Di saat manusia menghiasi dirinya dengan tipisnya rasa malu;

Di saat kaum wanita ceburkan dirinya dalam alam tabu..

Maka, demikian pula engkau wahai saudariku Muslimah!;

Jikalau tulisan ini sampai kepadamu, mengapa tidak kau katakan kepada kami, para laki-laki, suatu ucapan yang kami justeru bangga mendengarnya jika kau ucapkan;

إليك عني! إليك عني! فلست منك و لست مني

“Menjauhlah kau dariku! Menjauhlah kau dariku! Kerana aku bukan milikmu dan kau pun bukan bahagian dari ku”

Wahai ukhti, mengapa mau add, atau kau terima permintaan pertemanan facebook dengan para laki-laki, sementara ia bukan milikmu?;

Belumkah kau ketahui tahu bahawa;

إن الرجال الناظرين إلى النساء

مثل السباع تطوف باللحمان

إن لم تصن تلك اللحوم أسودها

أكلت بلا عوض و لا أثمان

“Laki-laki ketika melihat wanita; Seperti bintang buas ketika melihat daging; Jika daging-daging itu tidak disimpan dengan rapi; Ia akan dibabat tanpa konpensasi apapun dan tanpa harga”

Wahai ukhti, belumkah sampai kepadamu pesan Nabi kita?;

يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار فإني رأيتكن أكثر أهل النار

“Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyaklah istighfar! Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni mayoritas di neraka”

[Muslim:32]

Wahai ukhti, tidakkah kau ingat bahawa kau pun diperintah untuk menahan pandanganmu?;

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka! Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka! Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka!”

[An-Nur:31]

CATATAN KAKI:-

[1] Terdapat riwayat dari Aisyah yang mirip dengan atsar di atas, iaitu dalam Sahih Muslim (cetakan دار إحياء التراث العربي – بيروت Juz I, Hal. 445, Hadis Nombor 144):-

عن عمرة بنت عبدالرحمن أنها سمعت عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم تقول

: لو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى ما أحدث النساء لمنعهن المسجد كما منعت نساء بني إسرائيل قال فقلت لعمرة أنساء بني إسرائيل منعن المسجد ؟ قالت نعم

LIHAT PULA LAFAZ INI DI DALAM:-

  1. Musnad Ahmad bin Hambal (cetakan مؤسسة قرطبة – القاهرة ) Juz VI, Hal. 193, Hadis Nombor 25.651.
  2. Musnad Ishaq bin Rahwiyah (cetakan مكتبة الإيمان – المدينة المنورة), Juz II, Hal. 148, Hadis Nombor 639; dan Juz II, Hal. 426, Hadis Nombor 897.

{

♣ Hukum Wanita Menggelung/Menyanggul Rambut Yang Membentuk Benjolan Yang Terlihat Dari Balik Jilbab


HUKUM WANITA MENGGELUNG/MENYANGGUL RAMBUT YANG MEMBENTUK BENJOLAN YANG TERLIHAT DARI BALIK JILBAB

بسم الله الرحمن الرحيم

Agustus 21st, 2009 | Author: Ummu Shofiyyah al-Balitariyyah
Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh

Pertanyaan :

Apa hukum seorang wanita mengumpulkan (menggelung/sanggul) rambutnya di atas lehernya dan di belakang kepalanya yang membentuk benjolan sehingga ketika wanita itu memakai hijab, terlihat bentuk rambutnya dari belakang hijabnya?

Jawaban :

Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai jilbab, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai jilbab di atasnya. Sesungguhnya hal ini menyelisihi syarat hijab yang telah kukumpulkan dalam kitabku “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah minal Kitab was Sunnah”.

Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh karena itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga tampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahwa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menumpuknya.

***

Sumber : Silsilatul Huda wan Nur

diterjemahkan dari : http://www.baiyt-essalafyat.com/vb/showthread.php?t=10647

Mungkin bagi para wanita menggelung rambut adalah suatu hal yang biasa dilakukan dalam kesehariannya. Seperti ketika hawa yang panas dan sedang mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumahnya atau ketika sedang mandi karena panjangnya rambut mereka.Tetapi bagaimana batasan-batasan yang diperbolehkan oleh syari’at tentang menggelung rambut ini? Apakah hal ini boleh jika dilakukan ketika mereka keluar dari rumahnya? Berikut ana bawakan fatwa Syaikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin tentang hukum menggelung rambut bagi wanita sebagai kelanjutan dari artikel yang telah terdahulu. Semoga bisa bermanfaat bagi kita semua.

Oleh : Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rohimahulloh

Pertanyaan :

Apakah perbuatan yang dilakukan sebagian wanita berupa mengumpulkan rambut menjadi berbentuk bulat (menggelung/menyanggul) di belakang kepala, masuk ke dalam ancaman dalam hadits :

نساء كاسيات عاريات … رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة …
“…Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang… kepala-kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk surga…“ ?

Jawaban :

Adapun jika seorang wanita menggelung rambutnya karena ada kesibukan kemudian mengembalikannya setelah selesai, maka ini tidak mengapa karena ia tidak melakukannya dengan niat berhias, akan tetapi karena adanya hajat/keperluan.

Adapun mengangkat dan menggelung rambut untuk tujuan berhias, jika dilakukan ke bagian atas kepala maka ini masuk ke dalam larangan, berdasarkan sabda Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam :

رؤوسهن كأسنمة البخت …
“…kepala-kepala mereka seperti punuk unta…”, dan punuk itu adanya di atas.

Dan jika dikumpulkan di leher maka tidak masuk dalam larangan, akan tetapi hal ini jangan dilakukan ketika wanita itu mau pergi ke pasar, karena jika ia pergi ke pasar dalam keadaan menggelung rambut di kepalanya, ini akan tampak dari balik aba’ah (jilbab) sehingga akan menarik perhatian. Maka perbuatan ini dilarang jika ia mau pergi ke pasar.

______________

Sumber : Liqo’ Bab al-Maftuh kaset no. 161

Diterjemahkan dari : http://www.mktaba.org/vb/showthread.php?t=13165

Hukum Mengepang Rambut Satu Kepangan & Apakah Belahan Rambut Harus Dari Kanan?
November 11th, 2009 | Author: Ummu Shofiyyah al-Balitariyyah
Fatwa Syaikh Abdul Aziz in Baz rohimahulloh

Pertanyaan :

Apakah mengepang/mengelabang rambut menjadi satu kepangan hukumnya makruh? Apa hukumnya?

Jawaban:

Menurut kami ini tidak mengapa, baik engkau mengepangnya jadi 1 kepangan atau 3 atau 2 dari belakang, semuanya luas (boleh), kami tidak mengetahui adanya larangan dalam hal ini, wallohu a’lam.

—————-

Sumber : Nur ala ad-Darb Syaikh bin Baz, kaset no. 179 pertanyaan ke-tujuh.

Diterjemahkan dari : Website Syaikh Bin Baz http://www.ibnbaz.org/mat/10935

***
________________________________________________

Fatwa Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rohimahulloh

Pertanyaan :

Penanya (wanita) bertanya : apa hukum menguncir atau mengepang rambut satu kunciran/kepangan?

Jawaban :

Ini juga menurut kami tidak mengapa. Jika engkau menguncir/mengepangnya satu menurut saya tidak apa-apa. Hukum asalnya adalah halal dan seandainya ada dalam as-Sunnah yang melarang demikian, maka wajib mengikutinya.

—————-

Diterjemahkan dari : Website Syaikh Ibnu Utsaimin

http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4652.shtml

________________________________________________

Fatwa Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh

Pertanyaan :

Apakah ada dalil yang menunjukkan bahwa membelah rambut itu harus dari sisi kanan?

Jawaban :

Tidak, karena ini adalah masalah adat kebiasaan dan tidak ada hubungannya dengan ibadah. Syari’at tidaklah mengatur masalah adat kebiasaan, karena syari’at tidaklah datang untuk menjelaskan adat kebiasaan, sehingga kita persilahkan orang-orang untuk memilih.

—————-

Sumber : Silsilatul Huda wan Nur, kaset no. 249

Diterjemahkan dari : http://www.baiyt-essalafyat.com/vb/showthread.php?p=76713