Archives

♣ Jangan Membuat Kerosakan Di Bumi Allah Ta’ala


JANGAN MEMBUAT KEROSAKAN DI BUMI ALLAH TA’ALA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala ciptaan Allah Ta’ala di muka bumi adalah untuk kepentingan umat manusia.

Kurniaan Allah Ta’ala kepada manusia:

1. Allah Ta’ala memberi makanan & minuman yang berbagai jenis di atas muka bumi untuk manusia.

2. Manusia hendaklah menikmati segala rezeki Allah Ta’ala dengan cara yang diredhai.

3. Kita hendaklah bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana mengurniakan rezeki yang amat banyak.

Manusia diingatkan oleh Allah Ta’ala supaya tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini kerana bahaya daripadanya boleh menimpa diri & masyarakat.

Kerosakan yang dilakukan oleh manusia ialah:

1. Merosakkan diri sendiri dengan menyalahgunakan najis dadah.

2. Merosakkan hak orang lain seperti mencuri & merompak.

3. Merosakkan hak masyarakat seperti memusnahkan (menjahanamkan) kemudahan awam. Contohnya telefon awam & taman permainan kanak-kanak.

Kita wajib bersyukur di atas kurniaan Allah Ta’ala dengan mengikut segala perintah & meninggalkan segala larangan-Nya.

Kita tidak sepatutnya melakukan kerosakan & kejahatan di muka bumi ini kerana segala pemberian Allah Ta’ala adalah untuk dinikmati oleh semua makhluk.

Berbuat kerosakan akan memudaratkan diri, masyarakat & makhluk-makhluk lain.

♣ Mensyukuri Nikmat Allah Ta’ala


MENSYUKURI NIKMAT ALLAH TA’ALA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebesaran Allah Ta’ala yang mencipta & menjadikan alam semesta ini tidak boleh diragukan oleh umat manusia.

Nikmat kurniaan yang Allah Ta’ala jadikan terhadap makhluk-Nya adalah banyak & tidak terkira jumlahnya.

Cara bersyukur terhadap nikmat Allah Ta’ala, antaranya ialah:

  1. Taat dengan segala perintah-Nya dengan ikhlas.
  2. Menjauhi segala perbuatan maksiat.
  3. Membelanjakan kurniaan Allah Ta’ala ke jalan yang diredhai.
  4. Sentiasa ingat akan Allah Ta’ala iaitu dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir & beristighfar.

Antara nikmat-nikmat Allah Ta’ala kepada manusia ialah:

  1. Bumi sebagai hamparan untuk bercucuk tanam & mencari rezeki. Langit sebagai atap yang menurunkan hujan untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
  2. Mengurniakan pancaindera kepada umat manusia & amat berguna dalam kehidupan.

Kita hendaklah menyembah Allah Ta’ala, beribadat & patuh kepada suruhan-Nya & jangan sekali-kali melakukan perkara yang dilarang.

Allah Ta’ala mengurniakan segala kenikmatan di langit & di bumi untuk dinikmati oleh manusia, maka hendaklah kita bersyukur.

Beribadat kepada Allah Ta’ala adalah menjadi kewajipan ke atas semua manusia.

Kita perlu mempunyai sifat-sifat yang terpuji seperti mensyukuri nikmat Allah Ta’ala, berbudi bahasa & lain-lain lagi yang tidak menyalahi hukum syarak.

Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala dengan melazimkan membaca:

“Segala puji-puji bagi Allah, Rabb sekalian alam”
[QS. Al-Fatihah:2]

♣ Al-Quran Sumber Kejayaan


AL-QURAN SUMBER KEJAYAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Quran disusun oleh Allah Ta’ala kepada Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam adalah untuk panduan umat Islam.

Al-Quran menjadi pedoman hidup manusia untuk kejayaan di dunia & akhirat.

Orang yang berjaya di dunia & di akhirat ialah orang yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran & Sunnah Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam.

Sifat orang yang bertawakal ialah:

  1. Beriman kepada perkara-perkara ghaib, kitab-kitab Allah Ta’ala & hari akhirat.
  2. Yakin pada ajaran & kebenaran Al-Quran, mempelajari, seterusnya mengamalkannya.
  3. Ayat Al-Quran hendaklah dibaca untuk mendapatkan ketenangan jiwa & keredhaan Allah Ta’ala.
  4. Berusaha mencari rezeki yang halal di bumi Allah Ta’ala seterusnya membelanjakannya di jalan yang diredhai Allah Ta’ala.

Orang Islam wajib mengeluarkan zakat kerana zakat merupakan pembersihan harta & jiwa seseorang mukmin untuk mendapat keredhaan Allah Ta’ala.

Perkara-perkara ghaib ialah:

  1. Perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia hanya boleh diketahui melalui Al-Quran & Hadis.
  2. Contoh-contoh perkara ghaib seperti:

v     Mempercayai adanya Syurga & Neraka.

v     Mempercayai balasan baik & balasan jahat.

v     Mempercayai adanya Malaikat & Jin.

v     Mempercayai adanya pembalasan di Padang Mahsyar kelak.

v     Mempercayai adanya titian Siratul Mustaqim.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan untuk memimpin manusia ke jalan kebenaran. Oleh itu, kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

Kita dilarang menafikan kebenaran Al-Quran & Kitab-kitab Allah Ta’ala yang lain kerana perbuatan tersebut bererti menafikan salah satu daripada Rukun Iman.

Harta kekayaan adalah milik Allah Ta’ala. Oleh yang demikian, kita hendaklah menggunakan anugerah tersebut ke jalan kebaikan untuk kesejahteraan seluruh umat Islam.

Mukmin yang sejati ialah mereka yang menyayangi sesama Islam, tolong-menolong, ingat-mengingati di dalam perkara kebaikan & sanggup berkorban pada bila-bila masa untuk memperjuang & mengagungkan agama Islam.

Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran agar mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia & akhirat.

Orang yang mendirikan solat dengan khusyuk akan aman daripada gangguan syaitan.