♣ Cara Nak Tinggalkan Couple, Crush Dan Ikhtilat?


Bismillah.

Alhamdulillah. Lebih kurang 2 minggu saya tak update blog. Anyway, untuk pemakluman semua, Facebook saya telah pun di ‘ban’ oleh pihak security Facebook, kerana saya adalah salah seorang Admin page “We Are All Alqassam”, sebuah page yang telah mencapai ratusan ribu like dalam masa seminggu, sebuah page yang di cipta untuk menyatakan sokongan padu rakyat Malaysia khususnya dan umumnya dunia, kepada pejuang palestin khususnya Briged Izzuddin Alqassam HAMAS. Tapi, nampaknya, Israel dan kuncu-kuncunya dah start cuak dan menggelabah, lalu depa pun telah ‘ban’ dan ‘disable’kan page “We Are All Alqassam” sekali dengan 14 Admin page tersebut. Termasuklah diri saya….

Akibatnya, page kendalian saya iaitu “TARBIAH SENTAP” yang dah mencecah 25,000 like, terpaksa di cipta baru, kerana saya dah tak boleh post apa-apa dalam tu kerana FB saya dah di ‘disable’kan. So, saya ajak semua orang untuk like page TARBIAH SENTAP “BARU” saya di sini:

https://www.facebook.com/tarbiahsentapp

Moga bermanfaat!Sharekan kepada semua kawan-kawan!

Apa-apapun, ada beribu hikmah insyallah.

Okay, insyallah, kali ni, saya nak cerita pada semua orang tentang, “Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.

Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!

Okay, jom kita tengok satu persatu.
CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH

1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.

Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.

Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni. Boleh baca tulisan saya di link-link berikut. BACA! Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.

Kekeliruan dalam ikhtilat:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tujuh Jalan Zina?
http://adninroslan.blogspot.com/2014/07/7-jalan-zina.html
Boleh ke ada crush?
http://adninroslan.blogspot.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html
Apabila pelajar agama berikhtilat?
http://adninroslan.blogspot.com/2014/06/apabila-pelajar-agama-berikhtilat.html

Sila baca dari awal sampai habis.

2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media social samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.

Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.

Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.

Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…)

So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!

“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”
(ibn Qayyim)

Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!

Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapat mengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:

“Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”

“Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”

Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??

Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.

Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan.

Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.

4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.

Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.

Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.

Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.

“Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”

“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”

“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”

Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.

Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple….Isk, isk, isk…

5) Berukhwah dengan sesama jantina.

Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!

Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….

Nikmat gila beb!!

Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.

Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!

Saya ulangi:

“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”

So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.

6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.

Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!

Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!

Saya umpamakan benda ni macam SPAN.

“Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih…”

Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.

Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.

7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.

Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.

Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:

“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”

Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?

Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!

Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!

NASIHAT UNTUK MENUNDUKKAN PANDANGAN

Saya nak kemukakan nasihat ini, khas untuk laki yang dah tak boleh tahan nak tengok perempuan, nak tengok video lucah dan yang sama waktu dengannya. Juga, untuk perempuan yang tak reti nak jaga mata melihat laki-laki hensem seperti artis pelakon dan penyanyi lelaki, korea ke, jepun ke, barat ke, melayu ke. Apa-apa.

Saya tahu, korang amat terseksa. Kan? Korang nak BEBAS dari dosa mata ni semua. Kan? Tapi korang rasa sangat susah nak tinggalkan. Kan?

Di sini, saya akan nyatakan kaedah yang ulama beri untuk membebaskan diri kita dari penyakit “tak reti jaga pandangan” ni. Moga Allah mudahkan kita!

*p/s: Kalau saya tulis lelaki, bermakna ia adalah untuk wanita jugak. Kalau saya tulis wanita, ia untuk lelaki jugak. Harap faham.

Saya akan nukilkan beberapa kata-kata ulama. Moga bermanfaat!

Pertama:

“Apabila hati korang tertarik dengan wajah seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang melihat wanita yang buruk, hitam legam, di penuhi bintik-bintik puti, matanya buta, kepalanya gendul, gigi depannya terkeluar, berhidung penyek, berbibir tebal, serta wajahnya di kerumuni lalat. Bila kau dah membayangkan wajah seperti tu, insyallah hati kau tak akan memikirkan wanita cantik!!”

Kedua:

“Cara untuk kau ubati hati kau dari memikirkan wanita, ialah kau perbanyakkan zikir pada Allah, bayangkan bagaimana azab Allah kat akhirat nanti.Apabila di dalam hati kau timbul suatu bayangan kea rah maksiat, maka, kau ambillah wudhuk, dan solatlah sunat 2 rakaat, kemudian taubat dan mohon perlindungan pada Allah. Setiap kali kau teringat, maka berwudhuklah dan solatlah! Pada hari pertama, mungkin kau akan lakukan banyak solat. Tapi, makin lama, akan berkurang. Sampai satu masa, perasaan itu akan hilang!”

Ketiga:

“Kalau ada satu masa, kau rasa macam nak pakai baju yang bersih dan cantik, dan di bubuk minyak wangi, dan bila kau berjalan, kau rasa ada oang yang perhatikan kau terutamanya wanita, maka, cara kau nak ubati ialah, kau pakai pakaian yang usang dan bertampal!!”

Means, apa yang ulama ni nak cakap, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan dan hati kita rasa lain bila ada orang berlainan jantina pandang. Pastu, kita mula lah start bajet macho dan bajet cantik, control macho bagai. Akhirnya, hati rosak!

KESIMPULAN

Saya amat harap agar tips yang saya nyatakan ini berguna. Seperti yang saya sebut di atas, hendak 1000 daya.Nak syurga, kenalah bersusah-susah.

Hari ni, ramai yang merungut:

“Aku rasa susah sangat nak khusyuk time solat..Kenapa ye??”

“Time aku baca quran, aku tak rasa apa-apa…Aku tak tahu kenapa aku tak rasa manis….”

“Kenapa susah sangat aku nak nangis time doa?Kenapa?Kenapa??”

“Kenapa time aku baca novel, aku seronok.Tapi nak baca buku agama, sekejap je dah ngantuk. Rasa berat gila bapak….”

Ketahuilah, PUNCA kita tak rasa manis tika beribadah, punca kita susah nak menangis time berdoa dan ketika bersujud, punca kita rasa beban dan berat nak mendalami agama, punca kita lemah semangat dalam dakwah dan tarbiah dan akhirnya futur, punca kita tak khusyuk dan susah untuk berdiri lama time solat, puncanya ialah……

“Kerana kita tak menjaga mata, berikhtilat, bercinta, bercouple…..”

Ketahuilah, ini adalah punca diri kita hancur, hancur dan hancur. Sehingga kita dah tak rasa lagi Allah dan rasul itu cinta yang perlu kita kejar. Hatta, kita rasa menyampah bila orang ingatkan kita tentang Allah dan rasul….

Sampai bila kita mahu begini?

Taubat, menangis, dan, berubahlah…

Mungkin, ada orang yang berkata:

“Aku tengok perempuan tu tapi tak rasa syahwatpun.Apa salahnya?”

“Aku chat dengan perempuan tu saje-saje. Just kawan. Takde rasa syahwat pun!!”

Ketahuilah, korang telah menipu diri sendiri.

Berkta seorang ulama:

“Memang pada awal, tak rasa apa-apa, tetapi lama-kelamaan akan timbul rasa senang, rasa seronok, rasa cinta, dan sikit demi sikit setan akan menipu dan membodohi kita dengan menyuntik racun-racunnya! And then, bila racun-racun setan dah start memenuhi hati kita, maka akan timbullah bayangan dan khayalan tentang kecantikan wanita, sehingga hati kita akan rasa susah untuk tepis…”

Ingatlah, kata-kata iblis kepada orang yang bertaqwa:

“Apabila mereka berada dalam kesunyian, aku akan menghancurkan ketaqwaan mereka dengan racun-racunku!!”

Berhati-hatilah dengan racun setan. Berhati-hatilah dengan tipu daya setan. Berhati-hatilah, kerana, telah ramai tertipu, dan akhirnya tenggelam dan mersakan diri mereka betul serta mempertahankannya…

Wallahua’lam. Moga Allah bagi kita kekuatan!

-Adnin Roslan-

http://www.tarbiahsentap.com/2014/08/cara-nak-tinggalkan-couple-crush-dan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s