Archives

♣ Khas Buatmu Sahabatku


KHAS BUATMU SAHABATKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami;
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan;
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan;
Kau sahabatku kau teman sejati..
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti;
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami;
Memori indah kita bersama terus bersemadi;
Kau sahabatku kau teman sejati..
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu;
Di saat kau masih diperlukan;
Allah Ta’ala lebih menyayangi dirimu;
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa..
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia;
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu;
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini;
Walau ku tahu kau tiada di sisi;
Perjuangan kita masih jauh beribu batu;
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan;
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau;
Bagai semalam kau bersama kami;
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana;
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan;
Moga di sana kau bersama para Solehin;
Kau sahabatku kau teman sejati..