Archives

♣ Wanita Solehah Itu


WANITA SOLEHAH ITU

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita Solehah itu;
Aurat dijaga;
Pergaulan dipagari;
Sifat malu pengikat diri;
Seindah hiasan di dunia ini..

Keayuan wanita Solehah itu;
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya;
Kemanisan wanita Solehah;
Tidak terletak pada kemanjaannya..

Daya penarik wanita Solehah itu;
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman Muslimin;
Bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu;
Bukan & tidak sama sekali..

Kepetahan wanita Solehah itu;
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain;
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama;
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam;
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan & kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek;
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya;
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai;
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran;
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman..