Archives

♣ Wanita Berjalan Di Jalan Bahagian Tengah


WANITA BERJALAN DI JALAN BAHAGIAN TENGAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak boleh bagi wanita berjalan di jalan bahagian tengah”

[HR. Ibnu Hibban: 7/447, Ad-Daulabi: 1/45, Al-Baihaqi: 7821/7823, Kitab: Syu’abul Iman & ada beberapa penguatnya]

Wasiat ini mengandungi pesan kepada wanita agar menjauhkan sikap membuang-buang waktu di jalanan, melakukan perbuatan sia-sia yang dapat menyebabkan muru’ah (harkat) mereka dipandang rendah.

Perbuatan ini misalnya perbuatan tertawa-tawa atau bergunjing yang akan menjadikan perbuatan wanita itu menjadi perhatian lelaki bukan mahram & mendatangkan fitnah.

Wanita berjalan di bahagian pinggir jalan bukan di tengahnya, kerana berjalan di tengah jalan merupakan sebab dirinya menjadi sasaran pandangan kaum lelaki, lalu berjalannya tersebut menghilangkan kewibawaan dirinya & penghormatan kepadanya.

Adapun wanita yang berjalan di pinggir jalan jauh dari bahagian tengahnya, maka ia telah mengurangi sorotan pandangan lelaki & menjauhkan penilaian negatif terhadap dirinya. Ia keluar dari rumahnya dengan memakai hijabnya, berjalan dengan penuh penghormatan & jauh dari segala hal yang bisa mendatangkan syubhat.