Archives

♣ Cantik Di Pandangan Allah Ta’ala


CANTIK DI PANDANGAN ALLAH TA’ALA

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kita terutamanya wanita mengimpikan wajah yang cantik, tubuh yang elok dipandang serta segala-gala yang sempurna. Namun hakikatnya, sempurna pada mata kita manusia, belum tentu sempurna pada Allah Ta’ala. Justeru segala-galanya memerlukan keseimbangan, termasuk dalam hal kecantikan. Bagaimana untuk jadi cantik zahir & batin? Tip ini mudah & praktikal sekali untuk diamalkan. Barangkali hanya memerlukan sedikit perubahan sikap & perbuatan.

  1. Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
  2. Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
  3. Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
  4. Jangan tinggalkan solat 5 waktu (sekiranya berada dalam keadaan suci).
  5. Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata & bersih.
  6. Selalu berfikiran positif.
  7. Memperbanyakkan zikir, selawat & membaca Al-Quran.
  8. Berbaik sangka dengan orang lain & tekanan yang menghimpit.
  9. Berbaik sangka dengan-Nya, termasuk dengan segala ujian yang Dia beri.
  10. Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan & hindari keburukan.