Archives

♣ Cinta Sejati Cinta Hakiki


CINTA SEJATI CINTA HAKIKI

بسم الله الرحمن الرحيم

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal & hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut & dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal &  ia disatukan oleh tali Allah Ta’ala & bukannya oleh nafsu & kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur & dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan & kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah Ta’ala menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan & mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah Ta’ala. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah Ta’ala. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah Ta’ala melebihi kehendak kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni & selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan & keperibadian yang baik. Dorongan & rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang
indah, namun “body language” sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah Ta’ala, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh & isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah Ta’ala , dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya & semakin bertambah pula amal ibadat & ketakwaannya kepada Allah Ta’ala. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah Ta’ala semakin renggang & mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan & melalaikan, itu ertinya cinta nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati & mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah Ta’ala jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air & minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah Ta’ala.
Bergantung sepenuhnya kepada Allah Ta’ala itulah sebaik-baiknya pilihan.

Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah Ta’ala untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu & menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah Ta’ala memang pahit.
Tohmahan & hinaan datang silih berganti. Namun syurga & segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah Ta’ala buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.