Archives

♣ Tips Menutup Aurat


TIPS MENUTUP AURAT

بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Pakailah jilbab atau jubah atau kurta+seluar atau baju kurung yang labuh (15 inci ke atas) & tidak menzahirkan susuk tubuh ketika berjalan atau diam.
  2. Pakailah tudung yang bukan pendek atau jarang. Pakailah tudung besar seperti tudung labuh atau tudung 3 segi yang besar tetapi tidak seperti tudung ‘Italy’, namun yang penting hingga tutup bawah dada & tidak nampak bentuk tubuh serta tidak menampakkan rambut terkeluar dibelakang & tidak jarang.
  3. Pakailah stokin kaki serta menutup kaki.
  4. Tutuplah pergelangan tangan dengan stokin tangan khas atau butang atau getah pada hujung baju dekat pergelangan.
  5. Pakailah serungkup, supaya memastikan satu helai rambut tidak nampak (bukan serungkup yang utk membuat tudung rata sahaja) tapi serungkup yang untuk pastikan rambut tidak nampak (bukan mini ‘scarf’).
  6. Pakailah yang tidak cerah supaya tidak menarik perhatian serta warna cerah ini tetap boleh menampakkan bentuk tubuh.