Archives

♣ Ukhtifillah


UKHTIFILLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Ukhtifillah;
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci;
Yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Rabbmu;
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu;
Dalam rangkaian khitbah & akad yang indah;
Atau kejar sang lelaki suci itu;
Kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah;
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci..

Ukhtifillah;
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati yang ikhlas;
Relakan Allah Ta’ala pilihkan lelaki suci untukmu;
Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati;
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini;
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu;
Yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis doamu..

Ukhtifillah;
Pilihan Allah Ta’ala tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya;
Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah Ta’ala;
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu;
Melainkan pada jalan yang kau pilih..

Ukhtifillah;
Seperti kisah wanita solehah di masa lalu;
Yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahannya;
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu;
Menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi;
Kekasih tempat kita memberi semua cinta & menerima cinta;
Dalam setiap denyut nadi kita..

“Ya Allah, kurniakanlah daku cinta-Mu & cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta amalan-amalan yang membawa kepada mencintai-Mu, amiin”