Archives

♣ Kerana Ku Sayang Padamu Wahai Akhwat Semua


KERANA KU SAYANG PADAMU WAHAI AKHWAT SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya kejadianmu Muslimah begitu indah;
Tercipta daripada rusuk Adam untuk dilindungi & disayangi;
Bukan di kepala untuk disanjung;
Bukan juga di kaki untuk dipijak..

Lantaran daripada keindahanmu itu;
Kau ibarat sekuntum bunga mawar;
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang;
Untuk mendekatimu;
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu..

Renungilah pada keindahan bunga mawar;
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng;
Dari kejauhan, keharumannya mencuri perhatian;
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan..

Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu;
Si kumbang tunduk kagum;
Terhadap keindahan yang terjaga;
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya..

Akuilah hakikat kejadian dirimu;
Yang menjadi pelemah iman lelaki;
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Perbatasan aurat kau abaikan;
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah;
Tapi sayang seribu kali sayang;
Tak berduri;
Kau tidak layak digelar mawar berduri..

Ingatlah;
Muslimah solehah tidak melihat lelaki & lelaki tidak melihatnya..

Peliharalah keindahanmu;
Untuk si kumbang;
Yang bergelar suami..