Archives

♣ Panduan Pakaian Muslimah


بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
  2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
  3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai.
  4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamaya pakaian seperti jilbab atau abaya).
  5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi.
  6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tidak meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.
  7. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir & musyrik.
  8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah & untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.