Archives

♣ Wanita Solehah & Aurat


بسم الله الرحمن الرحيم

Aurat adalah sesuatu yang jika diperlihatkan akan mencemarkan. Dengan kata lain aurat adalah anggota tubuh yang harus ditutup & dijaga sehingga tidak menimbulkan aib. Perempuan itu aurat, seluruh tubuh perempuan mulai dari hujung rambut sampai hujung kaki mempunyai daya tarik. Gerak-geri perempuan sering menjadi santapan nafsu haiwani kerana begitu menariknya. Apabila seorang perempuan sedikit saja memperlihatkan auratnya, hati-hatilah, kerana syaitan mengitarinya.

Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:

“Perempuan itu aurat, apabila ia keluar rumah, maka berdirilah syaitan kepadanya”

[Hadis Riwayat Tirmidzi & Ibnu Madjah]

Wanita sering diidentikkan dengan bunga sebagai lambang keindahan. Tidak ada yang paling nikmat dipandang, menurut pandangan nafsu, selain aurat wanita. Itu sebabnya, banyak wanita yang menjadikan tubuhnya sebagai aset untuk meraih populariti & kekayaan (wang) sebanyak-banyaknya, kerana tubuh wanita memiliki daya tarik yang luar biasa.

Allah Ta’ala berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga)”

[Ali ‘Imran:14]

Oleh kerana itu, wanita Solehah senantiasa menjaga auratnya. Ia tidak terbawa oleh trend busana yang mempertontonkan aurat, seperti yang sedang booming saat ini. Betapa tidak, dengan mudahnya kita menyaksikan jutaan perempuan yang mempersilakan auratnya disapu mata sembarang orang. Mereka ceraikan rok dari lututnya, meruncingkan kerah belahan dada & memperluas areal pameran punggung. Pakaian yang fungsinya menutup aurat & melindungi mereka dari daftar calon korban perkosaan, telah kehilangan makna hakikinya. Malahan mereka merasa bangga jika mampu menarik nafsu berahi kaum lelaki dengan busananya yang ekstra ketat atau setengah telanjang tersebut.

Wanita Solehah senantiasa ingat dengan peringatan Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) dalam hadis:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (yakni para penguasa yang dzalim). Kedua, perempuan yang berpakaian tapi telanjang, yang selalu berbuat maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Rambutnya sebesar pungguk unta. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mencium wanginya. Padahal, wangi Syurga itu tercium sejauh perjalanan yang amat panjang”

[Hadis Riwayat Muslim]

Oleh kerana itu, wanita Solehah senantiasa menutupi tubuhnya dengan pakaian & jilbab yang sesuai dengan Al-Quran & Hadis.