Archives

♣ Perkataan Ahli Syurga


بسم الله الرحمن الرحيم

“Mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna di dalam Syurga kecuali ucapan selamat”

[QS. Maryam:62]

“Di dalam Syurga yang tinggi, tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna”

[QS. Al-Ghasyiyah:10-11]

“Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan-perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan-perkataan yang menimbulkan dosa. Akan tetapi, mereka mendengar ucapan salam”

[QS. Al-Waqi’ah:25-26]

“Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan kosong dan dusta”
[QS. An-Naba’:35]

Para ahli Syurga itu dapat berbicara sebagaimana biasa. Namun, segala pembicaraan atau perkataan yang diucapkan ahli Syurga adalah merupakan perkataan-perkataan yang diredhai Allah Ta’ala, tidak ada & tidak terdengar perkataan-perkataan yang kotor & keji. Perkataan yang tidak berguna mahu pun yang membawa dosa, sedikit pun tidak terdengar di dalam syurga. Keadaan Syurga itu adalah merupakan keadaan yang selamat & bahagia serta penuh kenikmatan.