Archives

♣ Wanita Kau Bunga Tapi Mekarmu Hanya Sekali


WANITA KAU BUNGA TAPI MEKARMU HANYA SEKALI

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita;
Indahmu laksana bias pelangi;
Merekah indah di langit petang;
Mewarnai angkasa bak lukisan semesta;
Tanpamu dunia tak berwarna..

Wanita;
Pesonamu semerbak bak bunga merekah di taman;
Memancarnya aroma yang begitu menawan tiap insan yang menatap;
Bahkan tak ada kumbang yang enggan menyapa;
Tanpamu, bunga pun enggan merekah..

Wanita;
Bermata jelita;
Kau begitu menyedari pesonamu;
Kau begitu tahu indahmu;
Maka, berhentilah menebar wangimu;
Berapa banyak kumbang yang harus kau sakiti dengan perangkap di antara kelopakmu..

Wanita;
Tahukah kau;
Bahawa kelemahanmu adalah kekuatanmu;
Tiap kali kau terjatuh, maka perhatikan betapa banyak tangan mereka yang terulur untuk membantumu;
Berhati-hatilah dengan kekuatanmu itu;
Kerana hanya dengan seraut wajah sedihmu mampu membuat sakit mereka yang tertawan olehmu..

Wanita;
Tidakkah kau sedari;
Bahawa senyummu ibarat jaring yang siap menjerat;
Ku beritahukan padamu;
Jaring yang jarang terpakai akan mempunyai kekuatan yang lebih kuat;
Maka jangan umbar senyummu;
Tapi cuba perhatinya;
Sekali kau tersenyum pada mereka;
Maka kau mampu membuatnya tak dapat berpaling darimu hingga kau menghilang dari tatapannya;
Tapi wanita;
Berapa banyak hati yang harus terkoyak dengan senyummu;
Maka berhati-hatilah dengan senyummu itu..

Wanita;
Mereka berfikir kau begitu lemah tak berdaya;
Tapi mereka salah, merekalah yang lemah dengan semua pesonamu;
Mereka berfikir kau yang bergantung pada mereka;
Tapi mereka salah;
Sekali dia terjerat padamu;
Maka selamanya dia tak akan mampu terlepas darimu;
Mereka selalu berfikir kau yang menangis merindunya;
Tapi mereka salah;
Kita memang menangis;
Tapi air mata kita adalah ubat yang mampu menyembuhkan luka; Pada akhirnya ketika kita melupakannya;
Maka mereka yang akan merana kerana rindu padamu..

Wanita;
Maka ku katakan padamu;
Berhentilah melemah-lemahkan dirimu;
Kerana kau sebenarnya begitu kuat;
Tak usah terpuruk dalam luka yang tak seberapa;
Kerana telah ku katakan;
Kau memiliki ubat yang begitu lampuh;
Jangan pernah merutuki diri dalam kesalahan yang kau perbuat;
Bangkitlah & berdirilah;
Tatap dirimu;
Jangan pudarkan pesonamu hanya untuk sebuah nama yang tak penting;
Jangan buang-buang air matamu untuk dia yang tak bererti;
Kerana lihatlah sebentar lagi dia yang akan menangisimu..

Wanita;
Ku katakan engkau memang bunga;
Tapi ingatlah;
Mekarmu hanya sekali;
Hanya sekali..