DOA MUSLIMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah;
Izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan takwa;
Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi;
Bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi;
Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghalangkan harum sejati untuk Engkau calonkan dirinya sebagai bidadari Syurga-Mu;
Amiin..