Archives

♣ Fitnah LELAKI Terhadap WANITA


FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian dan macam-macam lagi yang aku tak larat nak tulis kat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki tu kita nampak lebih dominan dan menonjol. Itu aku tak nafikan. Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi Al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook. Apa tujuan semua itu? Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita.

Ada juga di kalangan pemuda kita yang berjanggut yang jenis suka memuatnaik gambar dalam Facebook. Dah la perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah like gambar tu. Bukan saja like, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu. Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah.

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut. Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah.

Jadi, jangan fikir hanya wanita je boleh bawak fitnah kat laki. Lelaki pun boleh bawa fitnah kat wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain ya kawan-kawan. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Wallahu a’lam.

-ijoks2009-

Petikan Dari ayat 28 surah Annisa:

“Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusia dijadikan bersifat lemah.”

Tuanguru haji hadi dalam kulaihnya mengatakan ,antara maksud ayat ini ialah manusia itu sememangnya lemah dalam menghadapi godaan lawan jenisnya,lelaki akan lemah bila berhadapan dengan wanita,begitujuga sebaliknya

Jangan ingat lelaki sahaja yang boleh tergoda dengan penampilan seorang wanita,wanita juga boleh tertarik dengan penampilan seorang lelaki,contoh terbaik ialah kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha.

http://ijoks2009.blogspot.com/2012/01/fitnah-lelaki-terhadap-wanitabahaya-fb.html