♣ 7 Jalan Zina?


Zina ni, adalah satu dosa besar. Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Alquran ni unik. Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut “Janganlah kamu dekati zina”. Apa maknanya? Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina?

Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain. Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitau. So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal!

Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار

“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”

Faham? Takpe, saya akan hurai satu persatu insyallah. Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!

1)Pandang-pandang.

Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan, terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penyanyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain.

Ingat tak dosa ke?

Kalau tak mampu tinggal pun, at least, rasalah bersalah dan rasalah benda tu dosa!

Tapi, malangnya, hari ni, kita dengan rileksnya tak jaga pandangan. Tengok movie, Nampak perempuan tak pakai tudung berlakon, boleh dengan rileksnya pandang tanpa rasa bersalah. Nampak laki tak pakai baju, pun boleh rileks je tengok. Lagi tak malu, boleh like lagi kat FB, twitter dan instagram. Laki “terbaik”, siap share dan retweet lagi gambar-gambar tu. Memang “terbaik”. (Ini perlian. Harap maklum).

Jap, ingat kita kena tunduk pandangan dari yang bukak aurat je ke? Tak! Bahkan, laki still kena tunduk pandangan bila Nampak perempuan yang tutup aurat sempurna! Hatta, kalau ada perempuan berpurdah yang sengetkan kepala dan buat symbol tangan peace, tu pun kita kena tunduk pandangan!

Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu. Sape suruh bajet cute.

Ada orang, dia bagi alasan:

“Aku tak naik syahwat pun bila pandang perempuan/laki tu. Apa salahnya?!”

Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak naik syahwat pun haram jugakla brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak perempuan, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang!

Nampak tak permainan dia?

Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend, follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu bila friend dan follow ni, gambar-gambar diorang akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu!

Bapak ah…

Apakah semua ini?

Hatta, kalau nak berurusan antara laki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang di benarkan), kena jaga pandangan tak tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Saya dah hurai bab ikhtilat di SINI dan SINI. Harap baca.

2)Senyum-senyum.

Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumla jawabnya. Dah startle jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Takdela cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley. Bapak geli…

Tolonglah hentikan semua ini. Dosa kot…Ni jalan zina!

“Satu emoticon🙂 mampu menggugat dan memeltingkan orang berlainan jantina walaupun takde niat. Percayalah…”

3)Memberi salam.

Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, ataupun sebaliknya, maka, mulalah saat kehancuran.

Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macamana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab:

“Semuanya bermula dengan mesej di facebook. Semuanya bermula dengan “hye” yang pertama!”

Sebab tulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak Nampak permainan setan?

4)Bersembang.

Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, startla sembang-sembang… Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya dosa.

“Saya kagum dengan awak dalam kelas. Awak punya ilmu agama sangat tinggi. Saya harap awak dapatla bimbing saya…”

Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina?

“Erm…nak tanyalah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macamana?Hehe..Awak kan pandai:)”

Kawan sejantina belambak yang boleh ajar kau. Tak pun kau pergi terus tanya cikgu kau. Kenapa nak tanya lain jantina gak? Kelakar. Saya tak pernah tanya kerja rumah kat berlainan jantina, SPM skor jugak.

Macam-macam lagi lah. Siap, yang perempuan bagi kata-kata semangat kat laki, laki bagi kata-kata semangat tak perempuan. Pergh. Ada tak dalil yang membenarkan apa yang korang buat? Kat henset saya, saya tak letak nombor perempuan melainkan mahram saya. Hidup saya maju jugak. Bukan saya je, saya ada beribu kawan yang macam tu. Yang jaga ikhtilat dan tak bersembang dengan lain jantina! Saya ada ramai, nak kata, ramai orang boleh buat!

5)Buat temu janji.

Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami(kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mulalah set untuk jumpa.

“Boleh tak kita jumpa kat belakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something..Dalam pukul 10:30, time rehat…okay?”

“Baiklah. Hehe..Awak nak bagi apa? Nervousla pulak.huhu…”

Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah. Memang gerun…

(Sorilah saya tetiba mengamuk. Haha…Kena bagi sedar sikit)

6)Berjumpa.

Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak(tak romantik langsung), dah start shooping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.

Ini semua setan punya permainan. Takkan tak Nampak lagi?

Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan janganla keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengam boyfriend jual burger, aduh… Atau lepak McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa ini semua?

Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang teruk.

7)Berzina.

Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pergi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut dan tak masuk akal!

Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa. Dahla tak hensem, tak cantik. Argh! Apa sudah jadi kat dunia ni?!

8)Masuk neraka

Inilah FINAL ending. Masuk neraka, di seksa atas dosa “mendekati zina” yang kita buat. Tak sedih ke? Tak takut ke?

***

Inilah 7 jalan zina. Semuanya di kira dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabahlah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu!

Berubahlah. Dan jagalah diri kita!

***

PESANAN KEPADA SEMUA BERKAITAN ISU MENDEKATI ZINA

Saya harap, kita semua muhasabahlah. Mari, kita tengok pesanan-pesanan berharga tentang isu ini, agar kita sama-sama dapat sematkan dalam hati, boleh ingat, boleh genggam ia dengan gigi geraham. Apa guna ilmu tapi tak amal?

1) “Pandangan PERTAMA adalah merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan IMAN di dalam hatinya…”

(Hadith sahih riwayat Hakim)

Pernah tak kita rasa berat nak buat ibadah, susah nak buat benda yang senang. Nak baca quran semuka sehari pun rasa berat, nak solat kat surau walaupun rumah dekat gila bapak, tapi rasa beban. Buat baik pun rasa terpaksa dan tak rasa manis. Kerana apa? Kerana kita tak jaga pandangan.

Allah akan berikan kita kemanisan iman, kemanisan amal. Bila dah rasa manis, kita akan rasakan ibadah dan taat kepada Allah itu kenikmatan yang tak terucap!

2)Pernah tak dengar syair imam syafie?

“Aku mengadu kepada guruku imam waqi’, tentang susahnya aku untuk mengahafal ilmuku. Maka dia memberi tahu aku agar meninggalkan maksiat! Dia berkata kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan masuk ke dalam hati orang yang berdosa!!”

Kalau korang nak tahu, imam syafie HANYA TERPANDANG(baca perkataan ter tu 100 kali), terpandang aurat seorang wanita secara TAK SENGAJA ketika itu. Itu je dia buat! Tapi, imam syafie dah rasa bersalah, dan rasa sangat berdosa.

Kita hari ni langsung tak jaga pandangan, lepas tu marah Allah bila Allahh tak bagi korang skor exam. Macamana ilmu nak masuk andai maksiat penuh di hati? Kalau skor pun, Allah tak bagi hidayah untuk amal. Moga Allah pelihara!

3) Berkata imam Aljunaidi:

“Ingatlah, setiap kali kau ingin melihat wanita yang bukan mahram, Allah sedang melihat kau!”

4) Nabi bersabda:

“Buatlah 6 perkara, nescaya aku akan jamin untukmu SYURGA! Jika salah seorang dari kalian berkata, janganlah berdusta. Jika di beri amanah, janganlah khianat. Jika berjanji, janganlah mungkiri. TUNDUKLAH PANDANGAN KALIAN. Jagalah tangan kalian dari menyakiti orang lain. Dan jagalah kemaluan…”

Lihat. Allah dan rasul janjikan SYURGA bagi mereka-mereka yang jaga pandangan!

5) Pernah sekali, Abdullah bin Mas’ud masuk ke dalam satu rumah untuk nak ziarah orang sakit bersama beberapa orang yang lain. Lepas tu, kat dalam rumah tu ada seorang perempuan. Dan salah seorang dari mereka PANDANG perempuan tu. Maka, Abdullah b Mas’ud kata kat orang tu:

“Kalau mata kau buta, ia lebih baik untuk kau….”
“Orang boleh edit gambar korang. Ni contoh. Senang je nak edit..”

PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

Entah kenapa. Ramai perempuan sekarang suka sangat untuk post gambar mereka di media social dengan rileksnya. Jagalah diri tu. Jagalah diri tu! Macamana laki nak jaga pandangan kalau perempuan tak jaga diri mereka? Memang tak boleh nak salahkan perempuan 100%. Tapi dalam isu ni, memang saya tak tahu nak salahkan siapa.

Nabi bersabda:

“Perempuan itu adalah aurat. Jika ia keluar, maka syaitan akan memandangnya…”

Means, bila perempuan dah start menayang-nayangkan dirinya (walaupun tutup aurat) dalam keadaan dia tahu laki boleh tengok dan stalk mereka, maka, syaitan akan start goda lelaki untuk pandang mereka!

Saya merayu, tak payahlah upload gambar korang. Tak rugi sangat pun actually. Serius tak rugi.

Akhir kata, hayatilah kata-kata arrasul saw ini:

“Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada fitnah wanita. Dan sesungguhnya, fitnah yang pertama menimpa bani Israel ialah fitnah wanita…”

Wallahua’lam

-Adnin Roslan-

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/7-jalan-zina.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s