Archives

♣ Kerana Dirimu Begitu Berharga


KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

بسم الله الرحمن الرحيم

“Semua kejadian, betapapun parahnya, pasti berhubungan langsung dengan kelapangan dalam waktu yang dekat”

Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlak anda, lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu’ (rendah hati) anda, anda lebih tinggi purnama & dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan & kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua raka’at menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah & malu kepada Allah Ta’ala ketika terdorong bisikan nista & ajakan syaitan.

Jadikanlah takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh anda daripada suka memperlihatkan daya tariknya utk memikat lawan jenis & menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

Firman Allah Ta’ala:

“Tiada yang memasukinya, kecuali orang yang paling celaka”

[QS. Al-Lail:15]