Archives

♣ Muslimah Sejati


MUSLIMAH SEJATI

بسم الله الرحمن الرحيم

Muslimah Sejati;
Beginilah jalanmu;
Tundukkanlah pandanganmu;
Keraskanlah suaramu;
Seriuskanlah perwatakanmu;
Tampilkan ketegasanmu;
Bila engkau di depan atau di belakang;
Atau di kiri atau di kanan lelaki;
Walau atas apa alasan sekalipun;
Ketuk keegoan mereka;
Bangkitkan mereka dari mimpi;
Jelaskan dengan amalmu;
Bahawa percampuran bukan caranya;
Bahawa keseronokan adalah palsu;
Bahawa di sini tiada kebahagiaan;
Hanya kehancuran..

Muslimah Sejati;
Andaikan engkau belum berkahwin;
Ingatlah janji-Nya;
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik;
Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata;
Kerana seorang lelaki;
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu;
Hanya untuk menarik perhatian & memikat kaum lelaki;
Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..

Muslimah Sejati;
Muslimin yang baik tidak melihat paras rupa;
Muslimin yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya;
Muslimin yang warak tidak memilih wanita melalui keayuan & kemanjaannya;
Serta kemampuan menggoncang iman mereka..