Archives

♣ Permudahkanlah Jangan Menyusahkan


بسم الله الرحمن الرحيم

Abu Hurairah (radhiallahu ‘anhu) berkata:

“Seorang Badwi kencing dalam masjid, lalu orang ramai bangun serta menghalaunya keluar. Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) berkata: “Biarkanlah dia. Siramlah air ke atas kencingnya. Sesungguhnya kalian dibangkitkan untuk memudahkan, bukan untuk menyusahkan”


[Fathul Bari: 1/323, Kitab: Al-Wudu’, Bab: Sabb Al-Ma ‘Ala Al-Bole Fil Masjid]

Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) mengajar kaum Muslimin agar berbuat baik ketika berurusan dengan orang ramai & berakhlak mulia sebagaimana dicontohkannya kerana mereka adalah da’i yang menyeru ke jalan Allah Ta’ala, meskipun sedang berdepan dengan provokasi.

Kebaikan, kelembutan & toleransi, bukan kasar, agresif & cepat marah. Sifat yang mula-mula tadi itulah yang dapat membuka hati manusia untuk menerima risalah kebenaran.

Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) selalu menasihati kaum Muslimin:

“Cerialah, jangan bermasam muka & permudahkanlah, jangan menyusahkan”

[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim, Lihat Syarh As-Sunnah: 10/67, Kitab: Al-Imarah Wal-Qada’, Bab: Ma ‘Ala Al-Wulat Min At-Taisir]