Archives

♣ Duhai Akhwat


DUHAI AKHWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai Akhwat;
Yang memiliki iman di hati;
Dengarlah suara hati para ikhwan;
Sudahi menebar simpati;
Hentikan bermanja pada kami;
Kami ikhwan biasa yang tidak suci;
Yang ingin teguh di jalan Ilahi..

Duhai Akhwat;
Yang memiliki malu, hormat & martabat;
Kami adalah pria biasa yang mudah terpikat;
Iman kami tidak sekuat para Nabi & Sahabat;
Fotomu bertebaran menggoda & mengusik syahwat;
Kecantikanmu menembus hati yang taat syariat..

Duhai Akhwat;
Jangan hajar emosi & jiwa kami;
Dengan perhatian yang murah;
Jiwa ini terasa gerah;
Dengan pujian yang membuncah..

Duhai Akhwat;
Engkau adalah mutiara berharga;
Harapan bangsa & agama;
Bukan hanya fizikal yang harus dijaga;
Akhlak juga harus dihiasi;
Dengan lembaran hidup Islami..

Duhai Akhwat;
Engkau akan terlihat anggun;
Bukan kerana pengagummu yang berjibun;
Tapi kerana sikapmu yang santun;
Engkau semakin mempesona;
Dengan izzahmu yang terjaga;
Engkau semakin cantik memikat;
Kerana kepribadianmu yang sesuai syari’at;
Renungkanlah duhai akhwat..