Archives

♣ Duhai Ukhti


DUHAI UKHTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai Ukhti;
Jangan biarkan kaum Adam menatapmu penuh;
Kerana akan membuatnya mengingatimu, bererti memenuhi kepalanya dengan inginkanmu;
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayal seseorang yang tidak berhak atasmu..

Duhai Ukhti;
Akhwat sejati bukanlah dilihat dari ketakutannya digoda oleh kaum Adam;
Melainkan tampak dari rasa khawatir bahawa dirinya dapat menggoda kaum Adam;
Dia tidak ingin menjadi fitnah bagi mereka;
Dia tidak berharap kerana kehadirannya..

Duhai Ukhti;
Kaum Adam tidak dapat menjaga pandangan mereka;
Ia pun sentiasa menjaga izzahnya..

Duhai Ukhti;
Jangan pernah kalah dengan mimpi & inginnya kerana sucimu kau pertaruhkan;
Kau hanya akan menjadi wanita biasa di hadapan-Nya jika kau kalah dalam memperturutkan hawa nafsu..