Archives

♣ Izinkan Aku Menjadi Sekuntum Bunga


IZINKAN AKU MENJADI SEKUNTUM BUNGA

بسم الله الرحمن الرحيم

“Ungkapan hati seorang akhwat, semoga Allah Ta’ala mengabulkan cita-citanya”

Ya Rabb’..

Izinkan aku menjadi sekuntum bunga,

Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,

Harum wanginya dengan ilmu agama,

Cantiknya kerana iman dan takwa,

Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,

Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

Bukan perhatian mata lelaki ajnabi,

Yang menjadi punca fitnah hati,

Illahi Rabbi..

Tumbuhkanlah duri yang memagari diri,

Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,

Yang akan menghilangkan keharuman sejati,

Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Dibalik kekurangan yang tercipta,

Bukanlah alasan untuk bermuram durja,

Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,

Izinkan ya Allah..

Agarku menjadi permata,

Tetap menyinar walau dilumpur hina,

Tetap berharga walau dimana saja,

Buat ummat dan juga keluarga,

Izinkan aku menjadi seindah mawar berduri,

Yang menjadi impian setiap Muslimah,

Yang indahnya bukan untuk lelaki,

Tapi permata untuk yang bernama suami,

Aamiin, allahumma aamiin..