♣ Ya Akhi Tidakkah Engkau…


YA AKHI TIDAKKAH ENGKAU…

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya akhi, tidakkah engkau cemburu bila isterimu berbicara bebas di ‘Facebook’ dengan ikhwan lain? Tidakkah engkau cemburu mendapati ada akaun ikhwan di ‘friend list’ isterimu? Tanyakan pada hatimu, apakah engkau cemburu? Apakah engkau rela isterimu bercanda dengan ikhwan lain? Jika engkau cemburu, jika kau tidak rela maka mulailah dengan dirimu untuk tidak meng’add’ akhwat lain selain isterimu, janganlah kau bicara dengan bebas pada akhwat lain, fikirkanlah isterimu. Bukankah dalam kehidupan nyata pun engkau begitu menjaga pandangan dan begitu menjaga maruah serta ‘iffahmu? Lalu kemanakah perginya itu semua ketika kau membuka internet? Kemanakah rasa malamu ya ikhwan?

Jangan berdalih, kau akan kuat tidak akan terkena fitnah nantinya kerana,

“…manusia diciptakan (bersifat) lemah.”

[QS. An-Nisaa’ (4):28]

Milikilah sifat malu, kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Rasa malu tidaklah mendatangkan kecuali kebaikan.”

[HR. Bukhari:6117 dan Muslim:37 dari Imran bin Hushain]

إذا ما خلوت بريبة في ظـلمـة
و النـفـس داعية إلى طغيان
فاسحي من نظر الإله و قال لهـا
إنّ الـذي خلق الظـلام يراني

Apabila engkau menyepi dengan keraguan dan kegelapan,
dan nafsu mengajak untuk kemaksiatan,
malulah dari pandangan Allah Ta’ala dan katakan kepadanya,
sesunggunya pencipta kegelapan akan melihatku.

[Dalam kitab كيف تتحمس لطلب العلم الشرعي, karyaأبو القعقاع محمد بن صالح بن إسحاق الصيعري, penerbit فهرسة مكتبة الملك فهد الوطنية أثناء النشر (cetakan III, tahun 1420, halaman 108)]

Ada sebuah kaedah yang sangat bagus dan perlu diingat tentang kaedah Sadduz ‘Dzariah, Ibnul Qayyim mengatakan dalam kitab: إغاثة اللهفان من مصايد الشيطان / Ighatsatul Lahfaan Min Mashaayidis-Syaithaan.

الشارع حرم الذرائع و إن لم يقصد بها المحرم لإفضائها إليه

Syariat mengharamkan segala sarana yang bisa menghantarkan pada hal yang haram, meskipun ketika memanfaatkan sarana tersebut tidak diniatkan untuk berbuat haram.

“Aku memberi wasiat kepadamu dengan wasiat yang harus kau jaga. Janganlah engkau berdua-duaan dengan wanita bukan mahrammu walaupun batinmu berkata bahawa kau akan mengajarkannya Al-Qur’an.”

[Lihat kitab حلية الأولياء وطبقات الأصفياء, V/272]

Fatwa Ulama: Hukum Facebook (tentang berteman dengan lawan jenis di ‘Facebook’)

http://kajian.net/kajian-audio/Ceramah/Syaikh%20Dr%20Sulaiman%20Ar-Ruhaili/Tanya%20Jawab

Teruntuk untuk saudariku akhwat,

“Wahai wanita, jangan terlalu banyak bicara dan memperlihatkan dirimu di depan umum, namun bersegeralah bersembunyi dari para ikhwan kerana kehormatanmu sangat berharga bagi suamimu. Jangan khianati suamimu (kelak) sebelum pernikahanmu datang. Suamimu itu menunggu dirimu dengan harapan bahawa engkau adalah wanita yang harg dirinya tidak ternilai. Kau wanita tersembunyi dan hanya sumimu yang dapat melihatmu. Kau wanita yang mulia dan hanya suamimu yang dapat menikmati kemuliaan itu.”

Teruntuk saudariku ikhwan,

“Maka, biarlah kami para akhwat saling menasihati dengan sesama akhwat dan anda saling menasihatilah dengan ikhwan, kerana itulah fitrahnya. Jangan anda merasa sombong seolah tidak akan terkena fitnah nantinya kerana kita pun sebenarnya turut andil dalam fitnah tersebut. Dua fitnah besar yang masuk secara halus dan tidak terasa namun dia akan menyambar-nyambar dengan kerasnya dan sulit untuk keluar darinya apabila fitnah itu telah masuk ke dalam hati dan fikiran kita sehingga dapat menimbulkan sulitnya ilmu syar’i masuk ke dalam diri kita, iaitu fitnah syubhat dan syahwat. Semoga Allah Ta’ala melindungi kita dari fitnah syubhat mahupun syahwat, allahumma aamiin.”

<Ummu Zahratin Nisa Lathifah @ http://thalibatun.blogspot.com/&gt;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s