♣ Ukhti Renungkanlah


UKHTI RENUNGKANLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Saudariku muslimah, salah seorang darimu pernah berkisah, semaklah mudah-mudahan engkau dapat mengambil faedah.

Mulanya hanyalah perkenalan & percakapan melalui telefon. Seiring waktu berkembanglah pembicaraan sampai pada kisah cinta & selok-beloknya. Dia pun kemudian mengungkapkan cintanya & berjanji akan terang meminang saya. Dia meminta agar dapat melihat wajah saya, saya menolaknya. Dia mengancam akan memutuskan hubungan. Aku pun menyerah. Ku kirimkan fotoku serta surat-surat yang begitu manis penuh rayu. Surat-menyurat pun berlangsung selalu. Sampai akhirnya dia meminta untuk berjumpa & jalan berdua dengannya. Aku menolak dengan keras. Tapi dia mengancam akan menyebarluaskan foto-foto saya serta surat-surat saya & suara saya yang dirakamnya ketika kami bercakap-cakap melalui telefon.

Akhirnya aku pun keluar pergi bersamanya dengan tekad agar dapat pulang segera secepatnya. Ya, aku pun pulang akan tetapi dengan membawa aib & kehinaan. Ku katakan padanya,

“Nikahilah aku! Sungguh ini adalah aib bagiku”

Maka dia menjawab dengan segenap penghinaan, ejekan & mentertawakan.

“Sesungguhnya aku tidak akan menikahi wanita penzina!”

Saudariku yang mulia, jika engkau memang memiliki akal untuk berfikir maka dengarkanlah nasihat berikut ini:

  1. Janganlah engkau percaya bahawa pernikahan akan mungkin terlaksana hanya kerana perkenalan & percakapan iseng melalui telefon. Kalau pun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan, kegalauan & penyesalan.
  2. Janganlah engkau percayai seorang pemuda ketika dia mulai menampakkan kejujuran & keikhlasannya & menyatakan sangat menghargai & menjunjung tinggi kehormatanmu tapi dia mengkhianati keluargamu dengan menelefonmu & mengajakmu jalan bersama.
  3. Jangan kamu percayai dia ketika dia mulai menyatakan cinta & berlemah-lembut dalam pembicaraannya. Sungguh dia melakukan semua itu dengan tujuan-tujuan busuknya yang tampak jelas bagi orang yang berakal. Akankah dia benar-benar menjunjung tinggi kehormatanmu sementara dia mengajakmu berjumpa & jalan bersama padahal engkau belum halal baginya?
  4. Janganlah engkau percayai para penyeru emansipasi yang mengharuskan adanya cinta (perhubungan) sebelum pernikahan.

Ketahuilah bahawa cinta yang hakiki adalah setelah menikah.

Ada pun selain itu, umumnya adalah cinta yang penuh kepalsuan. Cinta yang dibangun di atas dusta & kebohongan, semata-mata untuk bersenang-senang memuaskan hawa nafsu yang tidak lama kemudian akan tampaklah kenyataan yang sesungguhnya. Berapa banyak keluarga yang hancur berantakan padahal mereka telah berhubungan sebelum akad pernikahan & berjanji akan setia berkasih-sayang sepanjang zaman? Bahkan berapa banyak pula pasangan yang berantakan sebelum sampai pada pelaminan dibarengi hilangnya kehormatan yang dibanggakan?

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

Pada suatu malam aku bermimpi didatangi dua orang. Keduanya berkata kepadaku,

“Pergilah!”

Kemudian beliau menyebutkan hadisnya sampai pada sabda beliau,

Kemudian kami mendatangi bangunan seperti tanur yang di dalamnya terdengar suara gaduh memekik. Kami pun melongoknya. Ternyata di dalamnya terdapat pria & wanita telanjang yang disambar oleh lidah api dari bawah mereka. Ketika lidah api itu mengenai mereka, mereka pun memekik kepanasan & kesakitan. Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menanyakan hal tersebut kepada malaikat, mereka menjawab,

“Ada pun lelaki & wanita yang ada di tanur tersebut mereka adalah lelaki & wanita penzina”

Maka apakah engkau ingin menjadi bahagian dari mereka wahai saudariku muslimah?

Jauhilah bercakap-cakap tanpa keperluan di telefon kerana sesungguhnya Allah Ta’ala merakamnya demikian juga syaitan dari jenis manusia pun merakamnya. Mereka para petualang cinta akan menggunakannya sebagai alat untuk mengintimidasi kamu agar kamu mahu mendengar mereka & mentaati mereka. Kiaskan juga ke dalamnya chatting yang tiada guna & hanya membuang waktu semata.

Hati-hatilah, janganlah engkau foto dirimu kecuali kerana suatu hajat & janganlah terlalu mudah engkau sebarluaskan fotomu dengan segala bentuknya kerana hal tersebut merupakan senjata yang paling berbahaya yang digunakan oleh serigala manusia sebagai alat untuk mengancam & mengintimidasi kalian.

Jauhilah olehmu untuk menulis surat-surat cinta kerana hal itu juga merupakan sarana yang digunakan oleh mereka.

Hindarilah majalah-majalah & kisah-kisah cinta yang rendah, hina penuh aib & cela. Sungguh di dalamnya terdapat racun yang membinasakan yang tersembunyi di balik indahnya halaman yang warna-warni serta kertas yang halus mengkilap & wangi.

Jauhilah menonton drama-drama & filem-filem yang hina yang hanya menonjolkan kemewahan serta gemerlapnya dunia, menyajikan kisah cinta dengan akting yang justeru merendahkan martabat wanita. Jauhilah semua itu kerana hanya akan merosak akhlak, kehormatan, serta rasa malumu.

Hati-hatilah, janganlah engkau pamerkan auratmu & janganlah engkau terlalu sering keluar rumah & ke pasar-pasar tanpa ada keperluan mendesak yang menuntut untuk itu. Sungguh hal itu hanya akan menjerumuskanmu ke dalam murka Rabbmu.

Janganlah engkau pergi berduaan dengan pemandu peribadimu, sungguh ini merupakan khalwat yang terlarang. Janganlah sekali-kali engkau membela diri dengan beralasan bahawa ini darurat. Bertakwalah, kerana barangsiapa yang bertakwa kepada Allah Ta’ala, akan dijadikan baginya jalan keluar dari segala permasalahannya.

Hati-hatilah engkau wahai saudariku dari teman yang jelek. Cari & bergaullah dengan temanmu yang solehah yang akan membimbingmu kepada keredhaan Rabbmu & senantiasa mengingatkamu agar tidak terjatuh pada perkara yang akan mendatangkan murka Rabbmu.

Saudariku,

Hati-hatilah dari segala kemaksiatan & dosa kerana hal tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, & merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta adzab yang membinasakan.

Persiapkanlah dirimu untuk menghadapi malaikat maut dengan banyak bertaubat & beramal soleh, sungguh engkau tidak tahu bila giliranmu akan tiba.

Saudariku,

Setelah engkau baca nasihat di atas maka ketahuilah bahawa pintu taubat senantiasa terbuka bagi siapa saja yang benar-benar ingin bertaubat.

“Wahai hamba-hamba Allah yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

[QS. Az-Zumar:53]

Maka apabila engkau wahai saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan & dosa, segeralah bertaubat dengan taubatan nasuha sebelum pintu taubat tertutup & sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan.

Semoga Allah Ta’ala membangunkan kita dari kelalaian yang ada & semoga Allah Ta’ala mengampuni dosa-dosa kita, menerima taubat kita, melindungi kita dari azab kubur & azab neraka, serta memasukkan kita ke dalam Syurga Firdaus Al-A’la.

http://www.perpustakaan-islam.com dalam Ukhti, renungkanlah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s