♣ Bolehkah Mendirikan Masjid Di Dalam Rumah?


BOLEHKAH MENDIRIKAN MASJID DI DALAM RUMAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Barra’ bin Azib solat di masjidnya yang terletak di rumahnya dengan berjemaah (dimaushulkan oleh Ibnu Abi Syaibah yang semakna dengannya dalam suatu kisah).

[Dari Mahmud bin ar-Rabi’ Al-Anshari mengaku, 2/55] bahawasanya [dia mendengar Itban bin Malik, seorang tunanetra &, 1/163] termasuk sahabat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam dari golongan yang  menyaksikan (turut serta dalam) Perang Badar dari kalangan Anshar [bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, katanya,

“Wahai Rasulullah, pandanganku sudah buruk, padahal aku menjadi imam solat bagi kaumku. Apabila turun hujan, mengalirlah air di lembah yang ada di antara aku & mereka sehingga aku tidak mampu mendatangi masjid mereka untuk mengimami mereka. Wahai Rasulullah, aku ingin engkau datang kepada ku, lalu engkau solat di rumahku (di tempat) yang aku jadikan masjid”

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku,

“Akan aku lakukan insyaAllah”

Keesokan harinya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam & Abu Bakar datang kepadaku saat matahari sudah tinggi (dalam satu riwayat: sangat terik). Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam minta izin & aku mengizinkannya, namun beliau tidak duduk ketika [dalam satu riwayat: sehingga, 6/202] masuk rumah. Beliau lalu bertanya,

“Dimanakah kamu inginkan agar aku solat di rumahmu?”

Aku menunjukkan beliau suatu arah dari rumahku, lalu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berdiri & bertakbir. Kami lalu berdiri & berbaris (di belakang beliau), kemudian beliau solat 2 rakaat & salam (&  kami mengucapkan salam setelah beliau salam).

[HR. Bukhari:46]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s