♣ Sahabatku Sayang Kerana Ilahi


SAHABATKU SAYANG KERANA ILAHI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Berlalu waktu buraq melangkah;
Kerdipan bintang sinaran rembulan;
Kini hilang senja menjelang..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Engkau ibarat mutiara dipinggir samudera;
Begitu berharga kilauan bercahaya;
Akhlakmu indah penyeri buana;
Imanmu teguh seutuh angkasa;
Menjadi harapan ummah semesta..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Indah tutur katamu;
Lembut bicaramu;
Sopan tingkah lakumu;
Penuh hikmah sejuta rahsia;
Menjadi penawar dikala duka;
Menjadi teman dikala hiba;
Menjadi pedoman musafir dunia..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Engkau mawar dipagari maruah;
Dunia! Dunia! Dunia!;
Engkau pasti tewas! Engkau pasti tewas!;
Inilah dia! Inilah dia permata dicari!;
Serikandi ummah, permaisuri mahligai Ilahi..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Bertemu berpisah kerana “Al-Khaliq”;
Indahnya hidup dipagari ukhwah;
Hati bertaut dijalan Ilahi;
Bertemu berpisah fitrah insani;
Dialam fana Syurga menanti;
Engkau sahabat sejati, tak bisaku cari;
Tanpa hati mencari Ilahi..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Sepi rasanya hati, pilu menyelubungi diri;
Namun rencana Ilahi, tiada kudratku atasi;
Semoga ukhwah terus bersemi;
Menjadi pewangi dijalan Ilahi;
Menjadi cahaya penyeri diri..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Solat tiang seri, akhlak cermin peribadi;
Manisnya iman di dalam diri;
Bila Allah Ta’ala dekat di hati;
Kasih-Nya sejati penyelamat hakiki..

Sahabatku sayang kerana Ilahi;
Engkaulah wanita Solehah yang dinanti;
Cahayamu gah bak mentari pagi;
Kilauan indah, penyejuk hati;
Semoga teman Soleh dicari;
Akan kau temui;
Menjadi teman dijalan Ilahi..

Salam sayang kerana Al-Rahim;
Dari insan sahabat sejati;
Semoga kita dirahmati Rabbi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s