♣ 5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi


5 TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI

بسم الله الرحمن الرحيم

1) Elakkan Berurusan Dengan Lelaki

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop & lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2) Guna Medium Perantaraan

Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

Maaf (bukan sorrie), terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu halnya lagi buat smiley face ke (^_^), gelak-gelak ke (hihihih) & lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak & boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah Ta’ala pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”

[QS. Al-Ahzab:32]

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu & lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri Nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertakwa & darjat wanita-wanita yang terpilih.

3) Tundukkan Hati

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding) kerana takut pada Allah Ta’ala. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelaki itu, banyak-banyaklah berdoa,

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan”

4) Tundukkan Pandangan

Jangan tertipu dengan mata pelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu, “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” itu betul. Hati-hati dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah Ta’ala perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri Nabi.

“Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri Nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka”

[QS. Al-Ahzab:53]

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan fail atau dengan apa saja yang boleh membantu kita untuk menutup pandangan kita. Kita lihat betapa Allah Ta’ala sangat ambil berat masalah hati para sahabat & isteri-isteri Nabi supaya mereka tidak mati dalam kemungkaran. Kalau kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yang mereka buat.

5) Cepatkan Urusan

Ini mungkin sesuai kepada pelajar atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan kumpulan mata lelaki. Sudahlah tidak dapat dimungkiri, dia menjadi kumpulan kita. Apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, buat sebatas kerja itu saja. Tidak usah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah atau buat lawaklah. Tidak perlu, tidak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat & pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang sesuai & berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat & semoga kita dikenali sebagai wanita Mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah Ta’ala & takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s