♣ Tindakanku Apabila Diuji Lelaki


TINDAKANKU APABILA DIUJI LELAKI

بسم الله الرحمن الرحيم

“Coretan bait-bait etika untuk setiap Muslimah. Semoga kita berazam untuk lebih tegas & beriltizam dengan etika ini”

  1. Ingat & berpegang kepada prinsip. Fikirkan masa depan yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah Ta’ala.
  2. Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran? Segeralah beristighfar & berzikir. Bacalah Al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah Ta’ala tidak sirna.
  3. Apabila si dia sering menelefon? Kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tidak faham Islam, mereka akan rasa terhina & sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah Ta’ala, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia tidak akan menghubungiku lagi. Pastikan aku sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar dia tidak terjerat dengan cinta & pastikan ia adalah perbualan yang pertama & terakhir. Ingatlah, Allah Ta’ala tidak akan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba kau sampaikan akan terhijab & sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai orang yang rosak peribadinya, mati hatinya. Bangkitlah untuk menjadi Mujahadah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.
  4. Apabila dia ajak keluar? Tolak dengan baik & bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yang betul-betul penting.
  5. Apabila dia kerap sangat menelefon? Bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tidak kena dengan syariat. Bagi kefahaman & hujah bukannya bertegas tidak bertempat. Nanti disalah tafsir.
  6. Apabiladitanya adakah diriku sudah berpunya? Berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah Ta’ala semata-mata pada usia ini & akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah Ta’ala untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.
  7. Apabila tidak disangka-sangka dia datang menemuiku? Cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya!

“Kalau aku tidak berdisiplin & melanggarnya, aku mesti denda diriku dengan denda yang berat. Aku tidak boleh biarkan nafsuku mengangkat panji kemenangan. Aku akan pastikan ia terus tunduk, lemah, takut, dipukul & akhirnya mengalah. Akal mesti mengatasi nafsu!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s